Model dan pelakon, Zahnita Wilson, tidak menyangka nasihat dan peringatan kepada Neelofa di instagram akhirnya berbalas dengan kecaman daripada netizen.

Zahnita berkata, dia terkejut kerana ramai yang menyangka dia menyebarkan kebenciaan , sedangkan dirinya sekadar memberi teguran dan mahukan Neolafa  selaku wajah rasmi Swarovski itu lebih banyak membuat perkara lebih positif.

Namun, nasihat itu disalah tafsir oleh sebahagian netizen sehingga ia bertukar menjadi kecaman dalam kalangan peminat yang taasub dengan dengan artis pujaan mereka.

“Saya Berharap Anda Dapat Katam Al-QUran Suatu Hari Nanti”- Zahnita

Susulan dari hal itu, menerusi IG stories, Zahnita berkongsi sebuah mesej kecaman dari netizen yang mendakwa dia tidak layak untuk membuat teguran kepada Neelofa. Malah individu ini bersikap biadab dengan melabelkan Zahnita  sebagai model pasar malam.

Keadaan itu memaksa Zahnita tampil memberi respon terhadap mesej biadab tersebut.

Terdahulu, Zahnita yang merupakan selebriti memperjuangkan pemuliharaan alam semulajadi itu meminta Neelofa untuk berhenti berangan kerana ada beratus keluarga menderita di seberang gurun tempat penggambaran dijalankan.

Mungkin ramai yang tak tahu, pada awal tahun 2012, heboh mengena berita Swarovski dituduh mengeksploitasi buruh paksa remaja perempuan di rumah penjagaan sepanjang 1960-an.

Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail.uk,  anak-anak muda di rumah jagaan kerajaan St Martin berhampiran dengan kilang Swarovski di Austria, Schwaz telah dikerahkan menjadi buruh membuat kristal yang digunakan dalam barang kemas, aksesori fesyen dan pakaian. Lebih menyedihkan mereka tidak dibayar  apa-apa untuk usaha mereka.

Artikel SebelumnyaMel B, Spice Girls Hilang Penglihatan Secara Tiba-tiba
Artikel SeterusnyaAplikasi Resepi Raya Terbaik 2019 Khas Untuk Anda!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.