Pelakon Nazia Mustafar akui dirinya diperangkap oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga dia menjadi mangsa serbuan berhubung aktiviti pesta liar di kondominium mewah di Bukit Ceylon pada Disember tahun lalu.

Dipetik dari Kosmo, Nazia, berkata dia ditahan selama 1 hari dan menegaskan dia dan suami tidak terbabit dengan apa-apa aktiviti haram. Menurutnya, pada masa itu dia berada di tempat dan masa yang salah.

Seperti yang Nazia jelaskan kepada Kosmo, dia dan suami ke tempat itu hanya untuk menghantar kertas cadangan. Walaubagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Sebenarnya, kami kena ‘game’ oleh salah seorang yang ada pada malam itu. Mungkin disebabkan ada perselisihan faham sebelumnya yang membabitkan pasangan lain, semua terbabit sama.

“Alhamdulillah, orang sekeliling tidak memandang serong terhadap kami. Saya pula jenis tidak suka kecoh dan berkongsi perkara ini di media sosial bagi membersihkan nama. Daripada orang tidak tahu, jadi tahu pula,” katanya kepada Kosmo.

Terdahulu, BH Online melaporkan seramai 19 individu ditahan dalam serbuan berhubung aktiviti pesta liar di kondominium mewah tersebut pada Disember lalu. Daripada jumlah itu, 18 daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis, manakala seorang lagi didakwa di Mahkamah Jalan Duta.

Turut ditemui dalam serbuan sama adalah empat paket plastik berwarna hitam disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Hasil siasatan lanjut mendapati penganjur pesta berkenaan yang juga adalah seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 28 tahun dipercayai membiayai kesemua perbelanjaan pesta berkenaan termasuk pembelian bekalan dadah.

Artikel SebelumnyaAplikasi Resepi Raya Terbaik 2019 Khas Untuk Anda!
Artikel SeterusnyaIni Dia Aplikasi Kad Dan Bingkai Gambar Raya Gempak 2019!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.