Pelakon dan pengacara popular Neelofa mengulas kenangan bersama pengasas Skincare Dinars,  Dnars Skincare, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad, 40, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Pattani, Thailand, Sabtu lalu.

“Secara jujur, saya rasa macam nak cerita semua dialog-dialog, antara kami sekeluarga dan arwah masa kami sama-sama menunaikan umrah 6 bulan lalu”-katanya.

Menurut pengacara program Meletop itu, pemergian arwah juga memberi kesan dalam hidup diri dan keluarganya. Ketika Neelofa sama-sama menunaikan umrah bersama arwah, banyak nasihat yang telah dikongsikan dan sehingga kini masih segar dalam ingatan.

“Banyak kali berkesempatan solat bersama arwah, dan banyak yang kami kongsi dan bualkan. Tentang rezeki, dunia, akhirat, banyak, yang saya simpan dan jadikan inspirasi”- tulisnya di Instagram Stories.

” Terutama dengan ibu saya, arwah cukup rapat dah macam keluarga. Satu-satunya kawan mama yang akan datang ke rumah saya untuk berbual-bual bersama bila ada kesempatan. Sehinggakan satu keluarga menyayangi dia.”

Dalam pada itu, Neelofa  berkata, antara salah satu kata-kata arwah yang masih segar dalam ingatannya ialah doa arwah semasa di Masjidilharam. Arwah pernah menyuarakan hasrat mahu ke tanah suci berkali-kali walaupun setiap bulan.

“Arwah pernah berkata kepada ibu, ‘Ni nak mintak doa, nak datang ke Mekah lagi ,  biarlah datang sekejap-sekejap asalkan dapat datang selalu. Tiap-tiap bulan pun tak apa,’- 

Neelofa akhiri perkongsiannya dengan meminta orang ramai mendoakan arwah, dan jadikan kisah-kisah arwah sebagai inspirasi buat semua.

“Semoga kisah-kisah kebaikan arwah menjadi telah dan inspirasi buat kita semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah, you will always be in my doa. Al-Fatihah”

Dalam kejadian jam 10.30 pagi , Sabtu 18 Mei 2019, kenderaan jenis Toyota Estima yang dipandu suami arwah Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, merempuh sebuah lori. Akibat rempuhan itu, Faziani tersepit di bahagian penumpang hadapan dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya itu cedera.

BACA  Konsert 'Westlife In KL' Penuh Kejutan!
Artikel SebelumnyaAneka Aplikasi Stiker Lebaran Unik Khas Bagi Hari Raya Tahun Ini
Artikel Seterusnya[VIDEO] Lihat Detik Fasha Sandha Umum Kejutan Hamil Buat Aidil Aziz
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.