Sebelum ini, pelakon Fasha Sandha menafikan bahawa dirinya kini sedang hamil pada pertengahan bulan ini. Namun siapa sangka, selang beberapa minggu selepas itu, Fasha mengumumkan satu berita gembira buat semua terutamanya suami tercinta, Aidil Aziz.

Fasha Buat Kejutan Pada Aidil 

Manakan tidak, pelakon ini secara rasminya telah disahkan mengandung apabila dia telah menjalani ujian kehamilan.Tidak cukup dengan itu, Fasha turut membuat kejutan pada Aidil dengan meminta suaminya mencarikan sesuatu di dalam begnya. Menerusi sebuah video yang dimuat naik Aidil di laman Instagram nya, dia secara langsung tidak tahu bahawa ‘aktiviti’ nya itu telah dirancang dan dirakam Fasha.

BACA  'Hati-hati Pilih Kawan'- Fasha Sandha Anggap Haneesya Hanee Teraniaya

Menangis Terharu 

Tidak lama kemudian, Fasha secara tiba-tiba mengucapkan tahniah tatkala Aidil membaca sepucuk surat tertera mengenai khabar gembira tersebut. Seakan tidak percaya dengan berita tersebut, Aidil tersenyum lebar dan terus memeluk Fasha sebelum kedua-duanya menangis kegembiraan.

Sejurus selepas memuat naik video tersebut, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis membanjiri ruangan komen laman Instagram pelakon itu dengan ucapan tahniah. Fasha dan Aidil telah mendirikan rumahtangga pada 30 Mac yang lalu dan menerusi perkahwinan Fasha terdahulu dia dikurniakan dua cahaya mata.

BACA  Amyra Rosli Diherdik Di Media Sosial Gara-Gara Watak Nur