Menjelang hari raya yang bakal menjengah tidak lama lagi ini pastinya ramai yang tidak sabar untuk menyambut hari yang mulia itu nanti. Menyentuh soal sambutan hari raya, pastinya penyediaan kuih raya, perhiasan dalaman rumah, baju raya serta duit raya menjadi salah satu faktor yang tidak dapat di sangkal lagi.

Tetapi, adakah anda mengatur kewangaan anda dengan berhemah? Kadang kala kita sendiri tidak sedar yang sebenarnya kita telah melakukan pembaziran dan ianya bukanlah aspek yang positif.

Oleh itu, dengan mengatur kewangan lebih-lebih lagi dengan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Jom atur kewangaan dengan beberapa langkah ini.

1Sediakan Bajet

Foto: Adamani Travel

Bagi menyambut perayaan yang bakal tiba ini, anda perlu lebih bijak mengawal kewangan dengan membuat bajet atau peruntukan yang perlu di keluarkan bagi menyambut hari raya pada bulan hadapan ini nanti.

2Sediakan Senarai Barang

Foto: Servis Sulam

Sebelum anda keluar membeli belah, anda perlu menulis senarai barang yang hendak di beli bagi mengelakkan pembelian barang yang tidak perlu dan membazir.

3Jadi Pembeli Yang Bijak

Foto: Daddy Dee

Ketika membeli barang, jangan mudah terpedah dengan harga jualan yang terlalu murah dan membeli barang melebihi kuantiti yang telah di tetapkan di dalam senarai. Sebaik-baiknya buat perbandingan harga di beberapa buah kedai sebelum membeli dan beli mengikut senarai.

4Bukan Semua Barang Perlu Di Tukar Baru

Foto: Keluarga

Ya, bukan semua barang perlu di tukar baru semak dengan teliti segala barang keperluan di dalam rumah dan tapis barang-barang yang perlu di tukar baru dan sebalikya untuk mengelakkan lambakkan barang-barang selepas hari raya nanti.

5Tunai Versus Kredit

Foto: Islam Itu Indah

Beli mengikut aliran wang tunai yang ada di tangan dan elakkan berhutang dengan menggunakan kad kredit.

6Rancang Perjalanan Balik Kampung

Perkara ini adalah penting untuk merancang perjalanan balik ke kampung lebih awal dan anda perlu mengatur bajet yang diperlukan bagi perjalanan balik ke kampung serta sebaliknya. Ini memudahkan anda untuk mengatur kewangaan agar tiada penggunaan yang berlebihan atau pembaziran berlaku.

7Asingkan Perbelanjaan Keperluan Bulanan Lebih Awal

Foto: Tip kewangan dan simpanan

Dengan sambutan lebaran yang bakal kunjung tiba ini, anda perlu membuat aturan keluar masuk wang dengan baik seperti mengasingkan perbelanjaan keperluan bulanan lebih awal.

Contohnya asingkan lebih awal wang utiliti, sewa, makanan, duit raya dan sebagainya agar anda tahu berapa baki yang tinggal selepas habis sambutan hari raya nanti!

8Menabung

Foto: Duit Kertas

Menabung merupakan faktor penting, meskipun anda sibuk dengan siapan perayaan pastikan anda tidak lupa untuk menabung. Jaga aturan kewangan dan disiplinkan diri untuk menabung dan elakkan pembaziran.