Semalam, negara dikejutkan dengan berita kemangkatan Ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima yang ternyata mengundang rasa sebak dan hiba terutama dalam kalangan rakyat Pahang.

Terkenal sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat, beria kemangkatan bagina begitu dirasai dan turut diakui oleh beberapa selebriti yang antaranya begitu rapat dengan Almarhum Paduka Sultan Haji Ahmad Shah. Hangat.com rangkumkan senarai antara 3 selebriti tanah air yang mendedikasikan ucapan mereka buat keluarga diraja Pahang dan mempunyai kenangan tersendir bersama baginda.

3 Selebriti Titip Ucapan Takziah

3. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sebagai salah seorang ‘anak Pahang’, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara penyanyi yang sering kali diundang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku.

View this post on Instagram

Assalamualaikum dan Salam Ramadan, Berita kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah, merupakan berita sedih buat seluruh rakyat Pahang dan juga rakyat Malaysia termasuk saya sendiri. . Seorang Sultan yang terkenal berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai. . Sebagai rakyat Pahang yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak saya bersekolah rendah dan seterusnya menjadi artis, banyak kenangan yang bermakna dan akan saya ingati sampai bila-bila. . Patik dan suami mengucapkan dan menyembah salam takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong,KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong , seluruh kerabat dan keluarga DiRaja Pahang di atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah AlMusta'in Billah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum dan digolongkan dalam kalangan para solehin. Al-Fatihah.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Bermula dari sekolah rendah sehinggalah sudah berkahwin, menurut Siti terlalu banyak kenangannya yang bersama Almarhum dan akan terus diingati sampai bila-bila.

BACA  Lihat Deretan Bintang Avengers: EndGame Melaram Sakan Di Acara Karpet Merah

2. Datuk Seri Shah Rezza

Pelakon dan pereka fesyen terkenal, Datuk Seri Shah Rezza menyifatkan pemergian baginda merupakan satu kehilangan besar buat negara kerana menyifatkan Almarhum Tuanku sebagai seorang Sultan yang cukup istimewa dan luar biasa.

1. Chef Wan

Luahan daripada chef selebriti terkemuka tanah air, Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ternyata cukup mengharukan. Manakan tidak, menurut Chef Wan, Almarhum Tuanku pernah beberapa kali memujuknya untuk menerima penanugerahan yang diberikan atas jasa dan sumbangannya selama ini.

BACA  Celine Dion Dikritik Kerana Susuk Tubuhnya Kurus Seperti Mayat Hidup

Menurut chef selebriti itu, sebelum ini dia menolak kerana beranggapan lebih ramai lagi yang layak menerimanya. Biarpun begitu, Chef Wan akhirnya ‘mengalah’ apatah lagi turut dipujuk Sultanah Pahang ketika itu. Berasa bertuah kerana dapat memasak untuk nya sebelum ini, pengalaman itu akan terus dikenang buat Chef Wan.