Tahun 2019 boleh dikatakan sebagai tahun yang cukup bertuah buat pelakon, penyanyi yang juga pengacara, Elly Mazlein apabila wajahnya kini boleh dilihat di kebanyakan stesen televisyen tanah air.

Bekerja Keras Demi Anak

Menganggap ianya sebagai satu rezeki buat anaknya Putri Sara Sefhia Azmi, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom akui bekerja keras demi membesarkan mereka sekeluarga apatah statusnya yang bergelar ibu tunggal. Biarpun begitu, seperti memberi petunjuk bahawa dia seolah-olah akan menamatkan status ibu tunggalnya pada tahun hadapan.

Aidilfitri Terakhir Sebagai Ibu Tunggal 

Menurut Elly ketika ditemui Hangat.com baru-baru ini, dia akui bahawa telah berkenalan dengan seseorang dan hatinya itu juga sudah dimiliki. Enggan terburu-buru dalam melakukan sesuatu apatah lagi melibatkan masa depan dirinya dan anak tambah Elly mereka berdua masih lagi dalam proses saling mengenali dan tidak menolak bahawa Aidilfitri kali ini mungkin yang terakhir buatnya sebagai seorang ibu tunggal.

“Kalau ditanya mungkin tahun ini adalah tahun terakhir Kak Lini beraya sebagai ibu tunggal, mungkin Ya apa pun doakan yang baik-baik manalah tahun mungkin tahun hadapan”

Meskipun terdapat jurang perbezaan umur melangkau 10 tahun di antara mereka, ujar Elly sikap kematangan lelaki berkenaan membuatkan hatinya terpaut padanya apatah lagi anaknya juga rapat dengan lelaki itu.  Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat Kak Lina!