HONOR 20 dan HONOR 20 PRO telah di lancarkan secara besar-besaran di London dan kini kedua-dua telefon bimbit canggih ini secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia.

Telefon bimbit HONOR 20 tidak menggunakan flagship yang sama seperti versi HONOR 20 PRO. HONOR 20 menggunakan perisian cip daripada Kirin 980 SoC dan memiliki 6GB RAM serta keluasan skrin telefon 6.26 inci dengan Full HD+ dan memiliki punch hole display.

Foto: New Atlas

Di dalam punch hole tersebut memiliki lensa kamera 32MP yang merupakan kamera pandang hadapan dan menariknya sensor yang digunakan pada telefon ini adalah sama dengan telefon HONOR 20 PRO.

Dari aspek kapasiti storan, telefon HONOR 20 memiliki kapasiti sebanyak 128GB dan ia tidak memiliki slot microSD kad. Manakala dari aspek kapasiti tenaga bateri pula telefon ini memiliki tenaga bateri sebanyak 3750mAh dan bateri yang digunakan merupakan non-removable.

Foto: Digital Trends

Apa yang menarik tentang telefon HONOR 20 adalah fungsi kuad kamera yang terdapat pada bahagian belakang telefon bimbit yang memiliki lensa kamera 48MP Sony IMX586 sebagai sensor utama.

Manakala lensa kamera yang kedua memiliki 16MP super-wide-angle sensor dan lensa yang ketiga pula di datangi dengan 2MP lensa macro serta lensa yang keempat memiliki 2MP depth sensor!

Foto: Tech Crunch

Dari segi harga pula, telefon HONOR 20 ini akan dijual dengan pada harga RM1699 tetapi buat masa sekarang masih belum dapat di pastikan bila telefon ini akan berada di outet tempatan.

Tetapi anda jangan risau kerana pada 24 hingga 28 Mei telefon ini boleh di dapati menerusi pre-order dan manakala pada 29 Mei pula telefon ini akan di lancarkan di pasaran.

HONOR juga memberi hadiah percuma yang bernilai RM500 bagi setiap pembelian HONOR 20 sementara tawaran masih ada dan tawaran ini adalah terhad berdasarkan terma dan syarat.