Sebelum ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengumumkan akan tampil dengan single terbaharu menjelang Aidilfitri kelak. Istimewanya kali ini, Siti tidak akan keseorangan kerana dia akan turut berdua bersama dua orang penyanyi terkenal.

Siti Nurhaliza Berduet Bersama Nissa Sabyan Dan Taufik Batisahย 

Pertama kali dalam sejarah, lagu yang bertemakan Hari Raya ini akan menggabungkan penyanyi dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Selain Siti, dua penyanyi yang sebelum ini menjadi rahsia kini mula diperkatakan peminat apabila beberapa teaser memperlihatkan penyanyi Singapura terkenal Taufik Batisah dan penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu berunsurkan ketuhanan Nissa Sabyan akan berduet dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

BACA  Unik! Lihat 'Fashion Show' JD Sport Yang Dibuat Atas Eskalator

Eksklusif Pada 31 Mei Iniย 

Dikhabarkan,video muzik single yang berjudul Ikhlas itu akan mula dipertontonkan secara eksklusif di Apple Music pada 31 Mei ini. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna yang bertujuan menonjolkan keindahan Syawal.

Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk mendengar lagu raya ini bukan apatah lagi menggabungkan tiga buah negara!