Permainan yang di gelar sebagai The Sims 4 ini merupakan permainan lama yang bermula pada tahun 2014 dan permainan ini mendapat kritikan dan peminatnya yang tersendiri!

Kini permainan daripada Electronic Arts ini memberikan permainan ini untuk di muat turun dan bermain dengan secara percuma di dalam komputer. Anda boleh mula memuat turun permainan ini sehinggalah 29 Mei 2019.

Foto: EA

Secara terperincinya anda boleh memuat turun permainan ini sehingga pukul 1 pagi dan anda boleh mendapatkan permainan ini di laman rasmi daripada EA Origin.

Untuk pengetahuan anda permainan ini merupakan permainan asas dan permainan Sims 4 ini memiliki pelbagai DLC. Malah laman page yang memiliki 15 senarai dan dijual dengan harga US$12.90 sehingga US$49.90.