Ramadan sudah masuk ke penggal terakhir dan bermula saat ini ramai umat Islam terutama di tanah air sudah mula membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 5 Jun ini.

6 Koleksi Baju Melayu Yang Unik Atau Pelik 

Selain kuih-muih, pakaian seperti baju melayu juga mula dipromosi dengan lebih giat untuk menarik perhatian para pembeli. Ini termasuklah beberapa rekaan baju melayu ini yang pada kami benar-benar mencuri perhatian! Selain rekaannya yang agak unik, ada diantaranya sengaja direka sedemikian bagi mencetuskan kelainan pada Aidliftri kali ini. Ayuh kita lihat koleksi baju melayu 2019 yang unik ini.

6Baju Melayu Raznil

Mula menarik perhatian netizen saat awal Ramadan lalu, siapa sangka baju rekaan selebriti terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil hasil kerjasama dengan pereka Razman Razmi mencetuskan fenomena nya tersendiri. Menampilkan gaya baju melayu sedondon bersama sampin, rekaan ini membuatkan netizen memberi pelbagai pandangan.

BACA  Netizen Dakwa Drama Leftenan Zana Serba Tak Kena!

Biarpun begitu, menurut Pak Nil idea ini tercetus dari idolanya, Allahyarham Sudirman Hj Arshad dan tambahnya lagi baju tersebut sama sekali tidak menjadi masalah kerana setiap pasang baju melayu itu akan dibekalkan bersama dua helai samping secara percuma termasuklah sampin warna sedondon.

5Baju Melayu Aedy Putra

Jika tahun sebelum ini, baju melayu milik pelakon Edy Putra menimbulkan kecaman netizen gara-gara memperkenalkan gaya aneh kononnya seperti ‘breastfeed mom’ tahun ini, selebriti ini sekali lagi mencetuskan kontroversinya.

Menampilkan baju melayu yang mempunyai ‘rope’ seperti sang adiwira, ternyata rekaan ini menarik perhatian ramai. Tampil menjelaskan mengapai ianya direka sedemikian, menurut Ery rope berkenaan sebenarnya adalah alternative kepada sejadah sekiranya di dalam keadaan terdesak ketiadaan sejadah ketika mahu menunaikan solat kelak.

BACA  'Kamu Ingat Saya SAMPAH"- Shahrol Shiro Tempelak Suria FM

4Baju Melayu Anuar Faizal

Mula mencuri perhatian ketika memperagakan koleksi baju Melayu nya di majlis pelancaran portal gaya hidup muslim, Salam Today tempoh hari, baju Melayu rekaan Anuar Faizal ini ternyata akan membuatkan sesiapa sahaja terpaku melihatnya. Rekaan ringkas dan selesa, namun ada dikalangan warga net mengecam rekaan ini yang dilihat seperti terlalu ketat dan nipis seolah-olah tidak sesuai dipakai di Hari Raya. Barangkali kerana model-modelnya berbadan kekar?

2Baju Melayu K-Pop

Anda Peminat tegar kumpulan-kumpulan dari Korea atau lebih dikenali sebagai K-Pop? Siapa sangka baju Melayu ini juga berinspirasikan dari sana! Mungkin boleh dipakai ketika Raya Pertama dan sesuai juga untuk berkunjung ke rumah jiran tetangga. Namun nasihat kami, bersedialah dengan kecaman mereka di Hari Raya kerana ada yang masih belum mampu menerima nya.

1Jubah Jersi Bola Iqram Dinzly

Selain dari Baju Melayu, jubah juga merupakan pilihan kaum Lelaki untuk dipakai pada musim Aidilfitri.

Tampil lain dari yang lain, Jubah yang diinspirasikan dari Jersi Bola Sepak yang diperagakan oleh pelakon Iqram Dinzly membuatkan netizen menghujani ruangan sosial media memperkatakan mengenai nya. Biarpun nampak sedikit aneh, namun pujian harus diberi kerana Iqram sememangnya dikenali sebagai seorang yang berani dan mencuba lain dari yang lain/