Tidak dinafikan adik beradik Neelofa sememangnya dikenali ramai kerana mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak-kacak belaka. Tidak hairanlah kesemua 9 beradik ini menjadi perhatian umum kerana kesemua mereka mewarisi ‘baka’ tersebut dari ibu mereka, Noor Kartini.

Sebagai info, Neelofa merupakan anak yang ketiga dan mempunyai 5 adik-beradik yang berlainan bapa.

Ameera Khan Kongsi Gambar Ibu Ketika Muda

Terbaharu, sesuatu yang mencuri perhatian ramai mengenai ibu selebriti ini dimana adiknya, Ameera Khan telah berkongsi sekeping gambar lama ibunya.

Dalam gambar yang dikongsi di laman Instagram nya itu, kelihatan Kartini sedang memangku Ameera yang baru sahaja dilahirkan sekitar hujung tahun 2000.

BACA  [VIDEO] Taufik Batisah Rayu Bantuan Bawa Pulang Anak Saudara Yang Diculik

Wajah Seiras NeelofaΒ 

Melihat pada gambar tersebut, rata-rata pengikutnya berpendapat wajah Neelofa saling tidak ubah mengikut rupa paras ibunya. Malah ada juga yang berseloroh dengan mengatakan inilah wajah Neelofa sekiranya dia bersalin kelak. Apa pun ramai yang bersetuju bahawa ibu selebriti ini sememangnya cantik dan awet muda sehingga ke hari ini. Cantik bukan?