Siapa YouTuber dari Korea yang cuba berpuasa ni sebenarnya? Mungkin ada yang mengenali dan mungkin juga sebaliknya, jom kenali Blimey tiga wanita Youtuber daripada Korea.

Blimey yang di anggotai oleh Jade, Yerim dan Dasol ini sering memuat naik video-video tentang makanan, budaya, review, video reaction dan pelbagai cabaran menarik yang dihasilkan dan di kongsikan di YouTube.

Cogan kata yang sering di gunakan sebagai trademark Blimey ini adalah “Wow”, ‘Jinjja”, “Daebak”, ” Blimey” dan cogan kata ini menjadi tirai pembuka bagi setiap video-video yang di hasilkan!

Hah, berbalik kepada isu berpuasa ini, Blimey juga turut berpuasa juga tahu! Mereka ingin merasai pengalaman bagaimana rasanya masyarakat muslim menahan lapar dan dahaga semasa bulan ramadan.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya ini bukan tahun pertama Blimey berpuasa tau! Hah jom saksikan cabaran berpuasa semasa di bulan ramadhan dari mereka bertiga ini!

Blimey Join Ramadan 2019 Again!

Blimey Tried Ramadan Fasting 2018!

Hah, menarikkan Blimey ni mereka cuba merasai bagaimana rasanya untuk berpuasa sehari suntuk! Blimey daebak! Bagi yang ingin mengetahui video-video menarik yang di hasilkan oleh Blimey ini, anda boleh menonton video-video mereka di YouTube!