Penyanyi, Amylea Azizan mendapatkan komen kurang enak dari netizen mengenai penampilannya. Penyanyi yang mendapat julukan Ratu OST tersebut baru-baru ini dilihat membalas komen dari netizen yang bersikap biadab malah individu ini menggunakan akaun palsu bagi menyembunyikan identitinya.

Dalam komen yang sama, individu tersebut nampaknya terus bersikap agresif dengan melontarkan kata-kata kesat. Tak puasa mungkin?

Bagaimanapun, Amylea menganggap kelakuan buruk dan tuduhan netizen itu mampu menambahkan pahala nya di bulan Ramadan ini. Dalam masa yang sama, di ruangan komen tersebut ,terlihat penyanyi Kaer Azami memberi nasihat kepada Amylea supaya bersabar dan tidak membuang masa melayan segelintir netizen yang menagih perhatian seperti ini.

BACA  [GAMBAR] Syafie Naswip Selamat Bertunang Dengan Aishah Azman

Sabar je lah Amylea! Yang sibuk nak menegur tu pun belum tentu sempurna malah mungkin lebih teruk (tengok bahasa pun dah tahu). Cuma mereka ini patutnya menggunakan saluran yang betul untuk menegur orang. Apa salahnya kalau mesej secara peribadai atau DM kan?

Artikel SebelumnyaYouTuber Feymes Dari KOREA Pun Berpuasa Juga? Wow!
Artikel SeterusnyaKoleksi Top Lagu-Lagu Raya Mengimbau Kenangan Sepanjang Zaman!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.