Jika sebelum kasut tumit paling mahal terletaknya di Dubai, kini tudung paling mahal yang pernah dihasilkan berada di Kuala Lumpur.

Tudung 50,000 Milik Ahli Perniagaan Dari Pahang 

Perkara itu didedahkan oleh pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri dimana menurutnya tudung tersebut yang berharga RM50,000 itu merupakan milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang. Terdahulu, rekod tersebut dipegang oleh seorang wanita dari Kelantan dengan nilai sehelai tudungnya berharga RM33,000.

Bertatahkan Batu Kristal Swarovski 

Tertanya mengapa ianya begitu mahal sehingga berharga sedemikian? Tudung mewah ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski.

Malah tudung tersebut juga dibuat sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti pemiliknya. Pasti pemiliknya akan beraya sakan di Aidilfitri kelak!