Di bulan Ramadhan yang mulia ni, banyak perkara yang menjimatkan boleh anda buat. Ini termasuk menggunakan aplikasi yang ada dalam telefon pintar anda untuk membuat sebarang pembelian tanpa tunai. Mungkin ramai yang tak sedar, banyak promosi harga murah, diskaun yang ditawarkan dalam setiap aplikasi tersebut.

Antara yang menarik perhatian kami adalah 3 rangkaian kedai minuman berkualiti dan premium yang biasanya untuk orang yang ‘have-have’ (berduit) jer! Manakan tidak, sebelum ini, nak minum secawan kopi pun dah kena bayar sampai RM10 lebih.

Jom kita lihat apa yang ditawarkan oleh aplikasi-aplikasi popular ini!

3Pembayaran Dengan WeChat Pay Untuk Starbucks Coffee

Nikmati secawan kopi yang enak di Starbucks selepas buka puasa dengan menerima ganjaran sebaik sahaja anda log masuk ke laman Facebook rasmi WeChat Pay MY di www.facebook.com/WeChatPayMY.official/.

BACA  [GIVEAWAY] Murah! Jom Cuba 200 Hidangan Mewah Di Buffet Ramadhan @ Bangi Golf Resort!

Berikut adalah cara mudah pengguna boleh menerima kupon dalam dompet WeChat Pay MY mereka:

Bagi promo Starbucks, imbas kod QR di atas dan pengguna dapat menikmati potongan sebanyak RM5 daripada harga minuman mereka pada bila-bila masa apabila mereka membelanjakan RM8. Jadi kalau anda beli minuman dalam RM8, anda hanya perlu bayar RM3 Jer, murah kan? Tapi ada ke minuman Starbucks serendah RM8? Apa-apa pun silalah  kunjungi Starbucks terdekat dan tebus hadiah anda.

2Guna Grabpay Kredit Untuk The Coffee Bean & Tea Leaf

Yang ini mesti ramai yang tak tahu, selain daripada anda menggunakan Grab untuk dapatkan perkhidmatan teksi, anda juga boleh berjimat dengan membeli secawa kopi berkualiti dari The Coffee Bean & Tea Leaf serendah RM3 jer!

BACA  Jom Tonton 6 Iklan Raya 2019 Dengan Cerita Paling Sedih & Menyayat Hati

Dengan hanya menggunakan Grabpay kredit, hanya perlu imbas kod QR di kaunter pembayaran menggunakan aplikasi Grab di telefon pintar anda. Tak susah pun! The Coffee Bean & Tea Leaf menawarkan 2 pilihan saiz iaitu RM3(small) dan RM5(regular). Cepat! Tawaran ini hanya berlangsung sehingga 31 Mei 2019.

1Beli bubble tea Tealive Dengan Menggunakan Touch n Go eWallet

Kalau anda tak suka Coffee, boleh cuba bubble tea Tealive!. Tealive dan Touch n Go eWallet telah bekerjasama bagi Kempen Raya mereka dengan menawarkan pelbagai promosi dan diskaun minuman terpilih apabila bayaran dibuat menerusi aplikasi Touch n Go eWallet ini.

Anda semua boleh mendapatkan minuman Tealive pada harga RM2.50 sahaja bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2019. Mana nak dapat harga murah macam ni kan! Harga biasa minuman ni dalam RM6++ macam tu!  Syaratnya, anda hanya cuma perlu bayar guna Touch n Go eWallet sahaja. Jimat banyak kan?

BACA  Mengembara Di Bulan Ramadhan? Ini 5 Item Fashion Yang Boleh Anda Bawa