Bermula esok, detik seminggu lagi untuk berhari raya akan mula ‘dihitung’ umat Islam di seluruh dunia. Menyusuli kemeriahan menyambut Aidilfitri, pelbagai lagu raya mula dimainkan di corong radio.

Nombor 1 Di YouTubeΒ 

Biarpun lagu-lagu raya nostalgia menjadi pilihan ramai, namun perhatian tertumpu pada sebuah lagu raya terbitan FMC Music yang berjudul Menanti Di Aidilfitri.

Menampilkan empat penyanyi wanita remaja popular kini, Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah dan Wan Azlyn siapa sangka lagu ini benar-benar ‘mengusik jiwa’ buat setiap pendengar. Tidak hairanlah lagu itu kini trending nombor satu di YouTube dan kini hampir mencecah 1 juta tontonan biarpun baru dimuatnaik 4 hari yang lalu.

BACA  Apa Komen Amyra Rosli Tentang Watak Syed Hamadi Lebih Popular?

Lakonan Azhan Rani Dipuji

Dalam pada itu, pujian turut diberikan buat pelakon popular, Azhan Rani yang berjaya membawa watak sebagai seorang bapa kepada keempat-empat orang penyanyi ini di dalam video muzik tersebut.

Tersentuh dengan lakonan yang menjadi apatah lagi lagu yang dianggap peminat sebagai ‘evergreen’ ini, Menanti Di Aidilfitri turut diklasifikasikan oleh rata-rata pendengar sebagai lagu raya terbaik untuk tahun 2019.

Untuk anda yang belum menonton, pastikan sediakan tisu sebelum mendengar dan menonton video muzik ini!