Vivo melancarkan telefon bimbit model baru yang dikenali sebagai Y17. Menariknya model ini dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding model telefon yang sebelumnya.

Selain itu, telefon model terbaru ini memiliki ruangan kapasiti yang berbeza berbanding model yang asal. Model telefon Y17 yang asal memiliki kapasiti storan sebanyak 128GB manakala bagi model yang baru ini, telefon Y17 di datangi dengan kapasiti sebanyak 64GB.

Foto: DirectD

Dari segi perisian dan komponen yang lain, model telefon Y17 yang baru ini memiliki perisian dan komponen yang sama dengan model yang asal.

Telefon Y17 yang memiliki keluasan skrin 6.35 inci dengan HD+ display dan menggunakan cip daripada MediaTek Helio P35 MT6765 serta telefon ini juga memiliki 4GB RAM.

BACA  Telefon OnePlus 7 Pro Di Datangi Dengan Tiga Warna Pilihan?
Foto: KL Gadget Guy

Telefon ini juga memiliki tiga lensa kamera iaitu 13MP sebagai kamera utama manakala 8MP sebagai lensa wide-angle dan 2MP adalah lensa depth. Bagi kamera hadapan pula, telefon ini memiliki 20MP untuk swafoto.

Tidak dilupakan bahawa telefon memiliki tenaga bateri sebanyak 5000mAh dan dari segi harga pula cukup cantik dengan RM799 sahaja dan ianya kurang RM200 daripada model variasi 128GB. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera sementara stok masih ada!