Susulan daripada pendedahan yang dibuat Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal mengenai suaminya, Chef selebriti dan pengacara Chef Fikree yang dikatakan curang, akhirnya selebriti ini ‘membuka mulut’ mengenai isu tersebut.

Enggan Komen 

Terdahulu, Zuriehan mendedahkan suaminya itu hampir ditangkap khalwat bersama seorang wantia yang berstatus isteri orang. Chef Fikree dalam pada itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut meskipun mula dikecam ramai warganet menerusi laman Instagram nya.

Serahkan Pada Peguam 

Menurut pengacara CJ WOW Shop ini, tiada sebarang komen yang akan diberikan mengenai isu tersebut kerana ingin menjaga aib isteri, anak dan keluarganya. Berasa terkilan dengan tindakan isterinya, Chef Fikree turut menjelaskan isu tersebut akan diserahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut. Sebagai info, Chef Fikree dan Zuriehan telah mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Jayden Malik.

BACA  7 'Moment' Menarik Di Hari Pertabalan YDP Agong