Redmi kembali dengan melancarkan keluaran telefon bimbit terbaru yang di kenali sebagai Redmi K20 dan Redmi K20 Pro. Menariknya kedua-dua model teleofn bimbit ini memiliki fungsi kamera pop-up!

Kedua-dua model telefon ini memiliki komponen yang sama seperti fungsi kamera, 20MP pop-up lensa kamera di bahagian hadapan telefon bimbit. Dan 8MP lensa telefoto serta 13MP lensa ultra-wide-angle kamera di bahagian belakang telefon.

Foto: Android Authority

Selain itu, kedua-dua model telefon ini memiliki keluasan skrin telefon yang sama iaitu 6.39 inci dengan Full HD+ beserta resolusi display dengan fungsi cap jari pada skrin telefon.

Manakala komponen yang membezakan diantara model K20 dan K20 Pro adalah penggunaan cip. Bagi model K20 cip yang digunakan adalah Qualcomm Snapdragon 710. Manakala bagi model K20 Pro pula menggunakan cip Qualcomm Snapdrgaon 855.

BACA  Telefon Bimbit Google Pixel 3a Dan Pixel 3a XL Bakal Muncul Di Pasaran Ke?
Foto: GSM Arena

Dari aspek kapasiti tenaga bateri pula telefon model K20 memiliki 18W dengan kapasiti tenaga sebanyak 4000mAh dan bagi telefon model K20 Pro pula memiliki 27W dengan kapasiti tenaga 4000mAh.

Sama-sama kita nantikan kedua-dua model telefon ini di pasaran Malaysia dan pastinya harganya juga berada dalam kategori mampu miliki!