Xiaomi bakal memperkenalkan keluaran model telefon bimbit yang terbaru. Model terbaru ini memiliki fungsi kamera pop up dan dikatakan telefon bimbit Mi 9 ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Rasanya baru sahaja Xiaomi melancarkan telefon bimbit Redmi K20 dan K20 Pro dengan fungsi kamera pop up dan kini Xiaomi keluarkan model terbaru yang dikenali sebagai Mi 9.

Maklumat mengenai model terbaru Mi 9 ini telah dikeluarkan menerusi sosial media rasmi Xiaomi di Twitter. Dengan pengesahan rasmi ini kita dapat pastikan akan tentang kemunculan telefon bimbit ini di pasaran.

Foto: Trusted Reviews

Dari segi rekaan badan telefon bimbit Mi 9 ini, model tersebut memiliki reka bentuk yang tersendiri dan ianya bukanlah berdasarkan rekaan Redmi K20 mahupun K20 Pro.

Dikatakan terdapat khabar angin mengenai telefon ini dengan nama Mi 9T atau Pocophone F2 bagi pasaran antarabangsa. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan nama rasmi yang akan di keluarkan oleh Xiaomi dan ianya tidak lama sahaja lagi sebelum model telefon ini memasuki pasaran!