Dalam beberapa minggu ini, ada sahaja kisah mengenai selebriti terkenal tanah air, Neelofa. Terbaharu, terdapat sebuah kisah yang kurang enak mengenai Neelofa sedang hangat diperkatakan.

Penaja Kecewa Dengan Neelofa 

Isu tersebut telah didedahkan sendiri oleh salah seorang penaja rancangan yang dihoskan Neelofa iaitu MeleTOP mengenai episod khas meraikan 1 juta subscriber rancangan itu dilaman YouTube. Oleh itu, Glowing Party House telah membuat sedikit hiasan belon bersempena dengan sambutan itu.

Namu begitu, syarikat tersebut yang diwakili oleh pemiliknya yang dikenali sebagai Masviona Muhamad memberitahu mereka berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan sikap Neelofa yang ketika itu disifatkan mereka seperti tidak menghormati hasil usaha mereka dan seolah-olah bersifat angkuh atau dalam erti kata lain sebagai ‘diva’. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu itu, menurut Masviona pada mulanya mereka telah menghias set rancangan itu seperti dipersetujui pihak produksi.

BACA  Avril Lavigne Bakal Dedahkan Konspirasi Kematiannya Dalam Video Muzik Terbaru?

Seperti Tidak Dihargai

Namun, Neelofa yang muncul tidak lama kemudian di set itu telah mengubah kedudukan asal belon-belon tersebut termasuklah ketika penggambaran sedang dijalankan.

Sebelum

Selepas 

Pihak penaja yang ketika itu turut berada disana berasa kecil hati melihat tindakan Neelofa yang seakan-akan tidak menghormati dan menghargai usaha mereka selama ini yang sudah 6 tahun lamanya menjadi salah seorang penaja rancangan itu.

Puji Sikap Nabil

Turut membandingkan sikap Neelofa dengan rakan sejawatnya, Nabil Ahmad bagi mereka sikap Nabil lebih wajar dipuji biarpun nama Neelofa sering kali meniti di bibir peminat sebagai selebriti yang cukup dihormati. Tidak pasti adakah Neelofa takut pada belon atau sebaliknya diharapkan kedua-dua belah pihak mampu menjernihkan semula keadaan.

BACA  Sedang Sakit? Neelofa Mohon Peminat Doakan Chef Adam