Masih ingat dengan skandal pelacuran dan penyalahgunaan dadah melibatkan bekas ahli kumpulan K-Pop terkenal, Big Bang iaitu Seungri?

Jho Low Terbabit Dalam Skandal Seks?

Terbaru, seperti yang dilaporkan oleh media negara itu, sesuatu yang mengejutkan telah didedahkan dimana Ahli perniagaan dalam buruan dari Malaysia, Jho Low dikatakan terlibat dalam skandal seks dan pelacuran yang mana turut melibatkan Pengarah Urusan  YG Entertainment, Yang Hyun Suk yang menguruskan kumpulan itu.

Nafi Terlibat

Biarpun begitu Jho Low yang diwakili jurucakapnya di Amerika Syarikat menafikan bahawa ahli perniagaan itu tidak terlibat dalam kontroversi pelacuran seperti yang dilaporkan oleh program ‘Straight’ yang disiarkan stesen penyiaran popular, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC). Malah jelasnya, Jho Low mengenali Hyun Suk menerusi sahabatnya yang juga penyanyi Korea popular, PSY.

“Tuan Low adalah sahabat kepada PSY dan mengenali Hyun Suk menerusi penyanyi popular itu. Tuan Low tidak pernah terlibat seperti yang dituduh oleh ‘Straight’,”

Sebagai info,PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style pernah membuat persembahan di sebuah konsert percuma di Pulau Pinang menjelang PRU ke-13 pada 2013. Namun terdapat sumber yang mendedahkan konsert itu sebenarnya menerima dana daripada Jho Low.

BACA  Video Muzik Rasmi “JAWAB” Menjadi Taruhan Pertama Kucaimars

Menerima Layanan Seks

Mendedahkan mengenai kontroversi itu, program penyiasatan di Korea Selatan melaporkan Jho Low bersama seorang lagi ahli perniagaan dari Thailand telah menerima layanan seks yang disediakan Hyun Suk, pada Julai 2014. Hyun Suk telah mengatur sebuah majlis makan malam dan menyediakan pekerja seks kepada dua pelabur asing kaya-raya dan wartawan program itu turut mendedahkan mengenai seorang taikun wanita digelar ‘Madam Chung’ yang membekalkan pelacur untuk majlis makan malam dihadiri Jho Low.