Luna Maya baru-baru ini telah merakam sedutan filem “Aladdin” yang dimuatnaik di Instagram Story miliknya. Gara-gara hal itu, Luna nyaris dijatuhkan hukuman 8 tahun penjara kerana melanggar Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik.

Mengakui hal tersebut, Luna mengaku menyesal atas kesalahannya. Ia mengaku terlalu teruja menonton filem kegemarannya yang membawa kenangan masa lalu itu.

“Ini jadi pelajaran buat aku, it’s very honest mistake, karena apa ya, aku terlalu euforia aja, karena kan ‘Aladdin’ salah satu film favorit aku,” kata Luna

Luna menambah dirinya tidak tahu bahawa tindakannya itu melanggar undang-undang. Dia akan menjadikan kejadian tersebut sebagai pelajaran berharga dalam hidupnya. Dia juga meminta kepada masyarakat untuk tidak meniru kebodohannya tersebut.

“Jadi kerana sekarang aku tahu itu tak boleh ya, jangan sampai diulangi lagi dan ini pelajaran buat semuanya, menjadi contoh bahawa walau fikiran kita kecil dan tak fikir boleh jadi masalah,” kata Luna. “Itu kebodohan aku aja. Jangan sampai diulangi lagi.”

SUMBERKompas
Artikel Sebelumnya10 Penyanyi Ini Tampil Dalam Sebuah Album Raya Khas!
Artikel SeterusnyaStudio KRU Yang Baharu Kini Di KidZania Kuala Lumpur
Tidak terlalu lama dalam bidang penulisan. Bolehlah setakat mahu untuk berkongsi pendapat dan info. Memang suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.