Bercakap mengenai KidZania, sudah pasti ianya akan menggambarkan ‘syurga’ buat kanak-kanak. Bukan sahaja berfungsi sebagai pusat hiburan, malah KidZania juga merupakan pusat pembelajaran setempat yang mempunyai pelbagai tarikan.

Jalin Kerjasama Dengan KRU

Dalam pada itu, mempelbagaikan lagi tarikan nya, KidZania kini menjalinkan kerjasama dengan syarikat peneraju dalam bidang media dan hiburan, Kumpulan Syarikat KRU. Malah sebuah majlis pengumuman turut diadakan yang mana dalam majlis itu KidZania diwakili oleh ‘Datuk Bandar’ KidZania,  Shahrul Nizar Ahmad manakala Kumpulan Syarikat KRU diwakili oleh Presiden dan CEO KRU Entertainment, Dato Norman Abdul Halim serta turut di saksikan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Dato Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nazri.

Studio Animasi KRU Dibuka Di KidZania

Memfokuskan pada pengembangan ilmu pengetahuan dan pendedahan awal kanak-kanak, sebuah studio Animasi KRU telah dibangunkan disini.Antara aktiviti-aktiviti yang bakal ditampilkan adalah penyediaan jalan cerita (storyline) dan papan cerita (storyboard), penciptaan watak dan penghasilan suara latar (voice over) bagi watak-watak yang telah dicipta.

Malah bagi kanak-kanak yang berminat untuk mempelajarai animasi dengan lebih mendalam, kumpulan syarikat KRU menawarkan program AfterClass oleh Akademi KRU yang menyasarkan kanak-kanak pra-sekolah dan pelajar tahap permulaan serta tahap lanjutan sekolah rendah.