Sebelum ini rata-rata peminat sudah mengetahui bahawa penyanyi rap wanita terkenal, Nicki Minaj akan turut terbabit dalam filem animasi terkenal Angry Birds.

Bakal Jadi Pinky

Filem tersebut yang merupakan sekual kedua nya akan dikenali sebagai Angry Birds Movie 2. Tertanya mengenai apakah watak yang akan dipegang oleh Nicki dalam filem itu nanti? Seperti yang tular baru-baru ini, penyanyi rap itu akan memegang watak sebagai Pinky dan merupakan satu-satunya burung yang mempunyai ‘bulu’ paling banyak, sesuai dengan karakter nya yang popular.

Ditayangkan Pada Ogos Ini

Selain Nicki, barisan pelakon yang membintangi filem itu adalah Jason Sudeikis, Bill Hader, Josh Gad, Peter Dinklage. Danny McBride dan ramai lagi.

Angry Birds 2 dijangka akan mula ditayangkan serentak seluruh dunia pada 14 Ogos ini.Untuk peminat Angry Birds adakah anda sudah bersedia?