Disebalik pelbagai kontroversi yang terpalit pada Fathia Latiff, tidak ramai yang tahu apa yang telah dilakukan oleh pelakon ini sehingga dipuji warganet.

Jadi Orang Pertama Tiba Di Lokasi 

Perkara ini telah didedahkan oleh seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai Ucu Loy. Menurutnya, Fathia telah membantu seorang mangsa kemalangan dalam sebuah kejadian beberapa hari yang lalu. Malah, menurutnya Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff bukan sahaja membantu mangsa tersebut malah turut menjadi orang pertama yang berada di lokasi itu sementara menunggu ketibaan ambulans.

Mahu Bertemu Fathia

Mangsa yang bersyukur kecederaan dialami semakin pulih, bagaimanapun meluahkan hasrat ingin bertemu dengan pelakon itu. Jelasnya, Fathia banyak membantunya ketika itu dan mahu merakamkan penghargaan buatnya kerana menjadi orang yang pertama tiba di lokasi kemalangan tersebut. Terharu bukan?