Dr Nur Amalina Che Bakri yang juga sebelum ini pernah tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom, berdepan pelbagai kerenah pengikutnya di Instagram.

Amalina menerusi sebuah entri di laman Instagram (IG)nya, memberi amaran kepada segelintir pengikutnya kerana sering mendapat pertanyaan dan nasihat mengenai soal perubatan melalui media sosial.

“Saya tidak memberi nasihat perubatan secara peribadi menerusi media sosial. Saya sudah berkali-kali menyebut hal ini,” – tulisnya di Instagram

Amalina menasihati pengikutnya yang mengalami masalah kesihatan untuk berjumpa terus dengan pegawai perubatan tempatan bagi mendapat nasihat yang sewajarnya. Ini ekoran dari segelintir pengikutnya yang menghantar gambar salinan X-ray, Imbasan CT (computed tomography), Ultrasound dan sebagainya melalui media sosial untuk mendapatkan nasihat perubatan darinya.

BACA  "Perlu Ada Pengorbanan"- Serina Redzuawan Sudah Berhijab Penuh

” Memberi nasihat perubatan menerusi media sosial ataupun email sama sekali melanggar etika sebagai seorang doktor. Untuk membuat diagnosis, pesakit seharusnya berjumpa dengan pegawai perubatan untuk melakukan pemeriksaan fizikal serta ujian untuk memberikan rawatan”- katanya

Baru-baru ini, Amalina yang kini bertugas di salah sebuah hospital di London berbesar hati untuk membantu merawat penyakit yang dihidapi oleh adik Ainul Mardhiah yang menghidap Germ cell tumor.

Amalina telah menyusun atur rawatan bayi itu dengan doktor pakar dan usahanya untuk membantu adik Ainul turut mendapat pujian daripada rakyat Malaysia yang bangga dengan tindakan dan bantuan ikhlas yang dihulurkan Dr Amalina.