Amy Mastura, Ziana Zain, Sherry Ibrahim antara nama-nama selebriti yang suatu ketika dahulu pernah bergelar pramugari sebelum menceburkan diri dalam dunia hiburan.

Imbas Kembali Pengalaman

Selain selebriti ternama ini,pelakon Raja Ilya turut tidak terkecuali memulakan kerjaya nya di awan biru. Menerusi perkongsian yang dibuat Ilya di laman Instagram nya, dia mengimbas kembali kenangan tatkala di awal kerjaya nya itu suatu ketika dahulu. Menurut pelakon ini, untuk bergelar pramugari ianya bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai rintangan dan ujian harus dihadapi bagi memastikan perkhidmatan yang akan ditawarkan mereka berkualiti apatah lagi untuk menjaga keselesaan para penumpang.

Kecewa Dengan Sikap Kurang Mesra 

Akui rindu akan kerjanya itu, Ilya turut mendedahkan pengalamannya bekerja sehari selepas putus tunang. Baginya meskipun keadaanya agak sukar, namun sebagai seorang pramugari kemesraan harus diutamakan.

View this post on Instagram

Scrolling gambar2 lama ,terjumpa lak gambar waktu kerja kat @airasia , SERONOK jadi cabin crew actually,tapi lagi SERONOK bila dapat Make our passenger happy and smile back to you .. zaman ilya dulu dan zaman zaman kak ziana zain dulu service compulsory kena Meletop ,Kalau Tak confirm kena #tarok , lepas tu kalau tak hafal safety manual tu mampus kena campak buku manual kat muka Dalam briefing room .Grooming plak Kalau eye shadow Tak berwarna warni nampak sebatu confirm kena Warning latter . Bukan senang nak jadi cabin crew dulu , Time Interview beribu yang apply dan beratus yang datang beratur tunggu turn , Kalau dulu Kakak ilya Tak push ilya apply masa iklan kat @thestaronline newspaper confirm ilya x dapat . Tapi itu time ilya masuk @malaysiaairlines 2004 . Walaupun zaman dulu bukan senang nak jadi cabin crew , Tak boleh Ponteng,kena lulus 98% setiap subject setiap minggu .. kena tahu by heart semua drill dan safety Tapi Tetap jiwa untuk jadi cabin crew . Masa itu ilya ingat lagi , jadi cabin crew Ini macam jadi polis ,firemen, Doctor .. sebab masa atas udara semua nyawa dan keselamatan passenger atas bahu kami. Serious ilya Rindu gler jadi cabin crew . Tak pernah sekali pun ilya lupa nak greet atau senyum atau bagi passanger ilya happy ,Walaupun baru lepas putus tunang tetap fly jugak the next day . #jiwakental Tapi sekarang #majority cabin crew Tak macam jiwa kami dulu . Few years ni ilya fly “few Airlines” rasa sedih tengok Dorang . Senyum Tak ,Greet lagi laa Tak .. muka Masam , Tegur pasangger kasar.. service pun macam service budak2 kat taska.. #customerservice langsung Tak apply . Walaupun Ramai dari kami yang dah jadi Ex cabin crew Tapi kami tetap apply sifat2 cabin crew yang di ajar masa 4 bulan training kat academy Mas dan air asia in our daily life .. few hours atas awan tu .. bukan saja semata mata fly point A to B Tapi ,atas awan itu kita x de siapa siapa lagi Yang boleh kita trust dan tolong kita masa kita memerlukan, few hours tu actually it’s a very important moment of every each of passenger and also crews , Kalau apa apa jadi .. mereka itu laa Family kamu .. mereka itu laa would save your life .. so be nice to passenger and each other .

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

Biarpun begitu, membandingkan ‘zamannya’ dan perkhidmatan sesetengah syarikat penerbangan terkini, dia berasa sedih kerana terdapat segelintir anak-anak kapal ini tidak mesra pelanggan dan mempunyai perkhidmatan yang kurang memuaskan. Jelasnya lagi ramai diantara mereka meskipun tidak lagi bekerja di syarikat penerbangan, namun segala ilmu yang dipelajari mereka masih lagi dipraktikkan sehingga ke hari ini.

BACA  Makin Dekat Dengan Luna Maya! Jom Intip Koleksi Kenderaan Mewah Faisal Nasimuddin