Bertuah jadi anak artis, sebab selalunya boleh terkena tempias daripada populariti kedua-dua ibubapa mereka. Sudah menjadi kebiasaan apabila selebriti yang baru sahaja menimang cahaya mata, pasti akan memuatnaik gambar yang comel di laman media sosial.

View this post on Instagram

kekaSih ku🦋

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Sama seperti pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang sering memuat naik beberapa keping foto bayi comelnya nya diberi nama Sarima Samheizy di laman sosial Instagramnya sehingga menimbulkan tanda tanya peminat.

Mereka berdua baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka pada bulan April yang lalu. Serius comel!

Apa yang mencuri perhatian adalah dagu bayi itu yang begitu runcing seolah-olah seperti disuntik. Kami sangkakan ia adalah gambar selepas diedit menggunakan aplikasi. Namun ternyata sangkaan kami silap.

Rata-rata netizen termasuk  selebriti Zizie Izzette & NorNabila terpukau dengan keunikkan sepasang mata bayi kesayangan Sam dan Syatilla ini.