Video Saat Anzalna Nasir Melahirkan Anaknya, Undang Air Mata Netizen

4.5K

Pengikut laman sosial Instagram (IG) dan Youtube Anzalna Nasir, rata-rata akui sebak dan tersentuh apabila menonton video yang dikongsi olehnya di Youtube ketika melahirkan putera sulungnya pada 31 Mei yang lalu.

Video berdurasi 3 minit itu enunjukkan momen terindah saat sebelum Anzalna melahirkan sehinggalah bayi comel ini di azankan oleh suaminya, Hanif Zaki.

Di ruangan komen, ramai netizen akui tersentuh dan menitiskan air mata kerana sebak apabila menonton Anzalna saat melahirkan bayi lelakinya itu. Berikut antara komen-komen netizen tersebut:

Berita gembira itu diumumkan suami artis berkenaan, Hanif Zaki di laman Instagram peribadinya pada tengah hari Isnin. Menurut Hanif, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat sejahtera.