Peminat sedia mengetahui bahawa baru-baru ini penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersama ahli keluarganya telah berangkat ke kota suci Mekah bagi menunaikan umrah.

Ramadan Bermakna Buat Siti

Sebaik sahaja pulang dari kota suci itu, menerusi posting nya Siti meluahkan bahawa Ramadan kali ini cukup bermakna apatah lagi impiannya untuk membawa anak yang tersayang, Siti Aafiyah bersama akhirnya terlaksana.

Menurut Siti, pada mulanya dia agak was-was untuk membawa Aafiyah bersama memandangkan anaknya itu masih kecil. Namun, redha dan berserah semuanya pada ketentuan Ilahi, Siti membawa Aafiyah bersama dan turut memanjatkan rasa syukur kerana kanak-kanak comel ini tidak meragam dan diberikan kesihatan yang baik.

BACA  Siti Nurhaliza Titip Ucapan Mengharukan Buat Siti Aafiyah Sempena Hari Lahirnya

Kongsi Gambar Di MekahΒ 

Berkongsi puluhan gambar kenangan bersama ahli keluarga disana menerusi laman Instagram nya, rata-rata peminat memuji keindahan Siti sekeluarga disana apatah lagi melihat Aafiyah yang comel bertudung!