Usahawan dan pengacara Neelofa akui  tidak ada masalah menyambut Aidilfitri  tahun ini dengan status single atau bujang. Neelofa berkata kepada Utusan Online,  antara kelebihan dia masih solo sehingga sekarang, dia dapat memberi lebih ruang untuk menumpukan perhatian kepada bahagian hidupnya dahulu.

“Tahun ini masih solo. Untuk saya sendiri tidak ada masalah memandangkan sibuk dengan kerja. Soal tekanan juga tiada sebab mungkin sudah selesa dengan keadaan ini. Saya melihat tidak kira bila cinta itu akan datang, saya yakin tetap akan melalui perasaan yang sama. Kalau bukan jodoh di sini mungkin orangnya berada di luar negara,” guraunya kepada Utusan Online.

Jika anda mengikut aktiviti harian Neelofa di Instagram, tahun ini dia menyambut Aidilfitri di Kelantan bersama keluarga besarnya di sana. Lebih menarik, Neelofa memakai busana sedondon dengan ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed.

BACA  'Takde Adab'- Nur Sajat Jelaskan Punca Sebenar Pekerja Farmasi Ditampar