1 Syawal yang disambut baru-baru ini ternyata begitu meriah dan cukup bermakna. Apatah lagi meraikan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Tatkala semua orang sedang bergembira, ada sesetengah selebriti menganggap Aidilfitri pada tahun ini cukup bermakna. Manakan tidak, ini adalah kali pertama mereka menyambut Syawal bersama kehadiran si comel sebagai pelengkap keluarga mereka.

7 Selebriti Ini Beraya Bersama Kehadiran Si Comel Baru

Ada yang pertama kali menimang cahaya mata dan tidak kurang juga ada yang menambah anggota ahli keluarga mereka. Hangat.com bawakan ‘ragam’ 7 selebriti ini bersama si comel mereka!

6Nourul Depp

1 Mei yang lalu, penyanyi Nourul Depp telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Isabella Depp. Nourul Depp sekali lagi berkahwin pada tahun 2012 bersama seorang jejaka Perancis, Eric Daniel Depp dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.

5Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Akhirnya kanak-kanak paling popular, Yusuf Iskandar mempunyai ‘kawan baik’ sepanjang hidupnya apabila ibunya, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 24 Mei baru-baru ini. Bayi tersebut telah dinamakan Hanis dan suami, Hairul Azreen sebagai Alisa Aisyah.

3Anzalna Nasir

Melengkapkan keluarga besar Nasir, adik kepada Diana Nasir yang juga pelakon popular iaitu Anzalna Nasir telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 1 Syawal baru-baru ini. Mengambil nama bersempena dengan 1 Syawal dan juga nama salah seorang nabi, Anzalna dan suami telah bersepakat untuk menamakan cahaya mata mereka sebagai Eidrees bin Mohamad Hanif.

1Datin Seri Zizie Ezette

Datin Seri Zizie Ezette telah berkahwin dengan ahli politik, Datuk Seri Bung Mokhtar pada 2009. Mereka sebelum ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017. Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette sebelum melengkapkan lagi keluarga besar ini dengan kehadiran cahaya mata perempuan mereka pada 1 Mac lalu, Aalisa Bella Izette.