Dikala semua orang sedang bergembira menyambut Syawal, satu berita sedih telah dikongsi oleh pelakon Fasha Sandha sebentar tadi menerusi laman Instagram nya.

Fasha Sandha Keguguran 

Menurut Fasha, dia kini sedang bersedih akibat keguguran cahaya mata pertama nya bersama suami, Aidil Aziz. Jelas Fasha, dia akui kesan daripada aktiviti nya yang terlalu aktif sehingga terlupa perlu banyak berehat merupakan antara salah satu faktor mengapa dia keguguran.

Mohon Maaf 

Tambahnya lagi dalam posting berkenaan, dia turut memohon maaf kepada suami dan anak-anaknya kerana keguguran tersebut. Malah dia turut memohon kepada semua pengikutnya agar dapat mendoakan dia sekeluarga kuat menghadapi dugaan di Aidilfitri ini selain berdoa agar dikurniakan zuriat pada masa akan datang.

“Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha”

Fasha telah berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac lalu dan telah mengumumkan khabar berita kehamilan tersebut selepas selepas dua bulan perkahwinan mereka. Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha telah dikurniakan dua cahaya mata.