Meghan Markle menerusi laporan antarabangsa dikatakan akan memecah tradisi diraja dengan mengupah pengasuh untuk menjaga anaknya, Archie Harrison Mountbatten-Windsor yang dilahirkan pada 6 Mei yang lalu.

Pilih Pengasuh Dari Cadangan Rakan-Rakan

Menurut sumber, Meghan tidak akan mengikut jejak langkah iparnya, Kate Middleton dalam memilih pengasuh dari Norland bagi membesarkan anaknya. Malah isteri kepada Putera Harry itu akan memilih pengasuh berdasarkan dari cadangan rakan-rakannya dan yang pasti pengasuh tersebut terdiri daripada mereka yang berpengalaman.

Kate Middleton sebelum ini telah melantik Maria Borrallo sebagai pengasuh kepada ketiga-tiga anaknya dimana Maria merupakan lulusan The Norland College yang terkenal lebih dari 125 tahun dalam mendidik para pelajarnya pengetahuan pengurusan kehidupan seperti menjahit, memasak dan sebagainya.

BACA  Nabila Razali Jawab Kecaman Gara-Gara Nyanyian Dikatakan Sumbang di Twitter

Carta Warisan Diperlihatkan 

Dalam perkembangan lain, ‘carta’ pewaris United Kingdom turut diperlihatkan. Dimana mengikut senarai, Archie kini menduduki tangga ketujuh selepas bapanya, yang menduduki tangga keenam. Manakala anak ketiga Putera William dan Kate yang juga ‘pewaris baru’,Putera Louis menduduki tangga kelima selepas kakaknya, Puteri Charlotte.