Kisah gosip percintaan antara usahawan terkenal Faisal Nasimuddin dengan pelakon dari Indonesia, Luna Maya semakin bualan hangat di kalangan peminat. Difahamkan baru-baru ini Faisal bercuti ke kampung Luna, di Pulau Dewata, Bali bersama ibu dan keluarga besarnya. Percutian ini turut disertai anak jutawan terkenal, Chryseis Tan yang merupakanย  isteri kepada Faliq Nasimuddin.

Hal ini terungkap melalui foto yang dikongsikan Luna dan Faisal di media sosial, hingga membuat orang ramai berteka-teki tentang hubungan mereka berdua ini. Jom lihat beberapa gambar yang dikongsikan oleh mereka.

Selain itu, Faisal juga ada memuatnaik foto bersama Luna dan teman-teman lainnya di akaun Instagramnya. โ€œWhatโ€™s up Canggu,โ€ tulis kapsyen dengan menyertakan hashtag #bali, #weekend, #sharewithsmf.

Nampaknya percutian keluarga Nasimuddin dan Luna ini sangat disenangi oleh pengikutnya media sosial di mana Luna sangat bahagia saat bercuti bersama Faisal dan keluarganya. Maka tak hairan jika ramai netizen yang mendoakan pasangan ini dipertemukan jodoh.

Artikel SebelumnyaSelain Chucky, Kisah Mistik 4 Anak Patung Ini Buatkan Anda Tak Tidur Malam
Artikel SeterusnyaFizo Omar Jawab Tuduhan Rumah Tangga Berantakan
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.