Reaksi pelakon Syatilla Melvin di laman Instagram sememangnya dikenali peminat kerana sering kali berjenaka bersama ahli keluarga nya. Malah ada sahaja video mahupun gambar yang dimuatnaik nya cukup menghiburkan.

Lawak Syatilla Berbaur Lucah

Biarpun begitu, gara-gara sekeping foto dan kapsyen Syatilla bersama adik-breradiknya, selebriti itu menjadi mangsa kecaman warga net. Semuanya bermula kerana Syatilla berseloroh sesuatu terhadap adiknya, Syifa Melvin namun kapsyen yang dimuatnaik nya itu dikatakan oleh warga net seakan-akan berbaur lucah.

Undang Kecaman

Gambar tersebut yang kini mendapat lebih dari 100,000 likes itu terus tular di media sosial dan dihujani dengan pelbagai komen dan reaksi dari warga net.

Rata-rata pengikutnya beranggapan biarpun sekadar gurauan, namun gambar tersebut telah menyentuh sensitiviti apatah lagi status mereka sebagai seroang selebriti. Biarpun begitu, sesetengah daripada mereka turut terhibur dan menganggap ianya sekadar satu hiburan.