Semalam pelakon popular, Datin Seri Umie Aida telah memuatnaik sebuah posting yang agak mengejutkan. Menerusi posting tersebut, dia telah mendedahkan bahawa dirinya seolah-olah dikhianati oleh seorang individu yang dianggapnya selama ini sebagai sahabat yang baik. Namun tidak lama kemudian, Umie telah memadam posting tersebut setelah menerima pelbagai reaksi dari sahabat dan pengikutnya.

Umie Kesal Dikhianati

Menurut pelakon filem Dukun itu, dia pernah memberi peluang kepada individu itu untuk berubah namun sangkaannya ternyata meleset kerana individu tersebut masih mengulangi kesilapan yang sama malah turut mengkhianati nya. Dalam pada itu, Umie turut memohon maaf kepada sahabat karibnya yang juga pelakon, Zahida Rafik kerana tidak mendengar akan nasihantnya sebelum ini.

BACA  Akrab Sejak Sekolah, Ini Kronologi Putus Sahabat 2 Primadona Malaysia Erra Fazira & Umie Aida

Erra Fazira Individu Yang Dimaksudkan Umie?

Meskipun tidak menyatakan nama mana-mana individu, namun netizen terlebih dahulu membuat spekulasi tersendiri dengan mengandaikan individu tersebut merupakan Erra Fazira memandangkan kedua-dua pelakon itu merupakan sahabat karib.

Berdasarkan carian kami di laman Instagram, kedua-dua primadona Melayu ini sudah tidak mengikuti antara satu sama lain di laman sosial itu. Rata-rata rakan artis turut meminta agar Umie terus bersabar dan menganggap akan ada hikmah di sebaliknya.