Perayaan Aidilfitri atau Lebaran menjadi momen yang ditunggu seluruh umat Muslim setelah sebulan berpuasa. Pada hari ini, mereka akan berkumpul bersama saudara-mara dan menjamu sajian enak. Tidak pernah dilupakan, setiap kali pagi raya, acara wajib adalah bersalam-salaman memohon maaf secara zahir dan batin sesama insan.

Hal yang sama yang dilakukan oleh pelakon dan pengacara berbakat Alif Satar di pagi raya yang menjadikan acara bersalaman bersama keluarga tersayang sebagai pelengkap kehadiran Syawal.

Dipetik dari Utusan Online, Alif mengakui dia akan mmengalirkan air mata tanpa disedari setiap kali bersalam dengan isterinya, Sha Dila pada pagi hari raya.

“Nak tahu, saya dan isteri pasti tidak dapat menahan sebak setiap kali bersalaman. Entah kenapa, kami akan menangis serentak tanpa disedari. Mungkin ia melibatkan emosi dan perasaan kami tersentuh kerana terlalu banyak yang kami lalui bersama sepanjang lima tahun hidup sebagai suami isteri.

Menurut Alif, setiap kali bermaafan, dia akan mengimbau kembali kesalahan yang pernah dilakukan terhadap isterinya.

“Ketika itu saya akan fikir apa kesalahan yang dilakukan terhadap isteri. Begitu juga dengannya merasai perasaan yang sama. Iyalah, mana-mana hubungan pasti ada naik turunnya,” luah Alif yang sentiasa berusaha melakukan yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya.”- katanya kepada Utusan Online

Dah Mula Masuk GYM

Selepas seminggu menyambut hari raya, Alif sydah mula menjalani rutin hariannyamemasuki gimnasium bagi memperolehi kembali stamina dan berat badan ideal bagi mengharungi cabaran Ironman.

BACA  Mus Umum Berundur Dari Kumpulan May

Umum sedia maklum bahawa pelakon yang memegang watak Zafran dalam drama Pia ini memang aktif dan pernah menghabiskan cabaran Ironman sejauh 70.3 km pada tahun lepas di Langkawi.