Pada Ahad lalu, adik kepada pelakon Datuk Afdlin Shauki telah ditimpa kemalangan jalanraya yang menyebabkannya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Masih Berada Dalam Kritikal 

Susulan daripada itu, adik Afdlin yang dikenali sebagai Jefri Adzman telah menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di otak dan kini masih lagi berada dalam keadaan kritikal. Melihatkan pada keadaan adiknya itu, Afdlin berharap agar Jefri akan terus kuat selain mengharapkan doa daripada orang ramai agar dia cepat sembuh dan dipermudahkan segal urusan.

Mahu Saksi Tampil Bantu Siasatan 

Dalam perkembangan lain, menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram nya, Afdlin meminta saksi kejadian mahupun sesiapa yang berjaya merakam kejadian kemalangan itu agar dapat menghubunginya. Menurut Afdlin, yang turut menunjukkan lokasi kejadian tersebut, dia memerlukan saksi mahupun rakaman tersebut sebagai bukti kejadian yang diklasifikan sebagai langgar lari.

Dalam kejadian itu, Jefri yang menunggang motorsikal jenis Vespa mahu membeli sesuatu di Petronas berhampiran rumahnya sebelum dilanggar sebuah kereta Myvi dari arah tepi. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat adik Afdlin!