Semalam Hangat.com dengan kerjasama GSC Movies telah mengadakan tayangan awal filem seram Thailand, Krasue: Inhuman Kiss di GSC 3 Damansara. Dalam sesi ini turut disertai 40 orang pembaca bertuah kami bagi sama-sama menonton filem ini sebagai antara yang terawal sebelum ditayangkan secara rasmi di seluruh pawagam GSC pada 13 Jun.

Review Krasue : Inhuman Kiss 

Mengenai filem ini, tidak dinafikan hampir sama seperti filem Thai yang lain, unsur-unsur keagamaan mereka turut diselitkan dalam jalan ceritanya. Sangkaan kami ianya bakal menjadi filem yang begitu seram, namun siapa sangka ianya merupakan twist percintaan ‘si hantu’ penanggal dikenali sebagai Krasue merupakan antara titik utama yang cuba ditonjolkan.

Biarpun begitu, ianya masih lagi menguatkan jalan ceritanya dan tidak keterlaluan jika kami katakan ianya merupakan genre seram romantis memandangkan kedua-dua elemen jalan ceritanya begitu menonjol. Bagi melihat sisi lain si penanggal yang biasa kita dengar, mungkin anda boleh menonton filem ini!

Sinopsis Krasue : Inhuman Kiss

Dalam filem yang bergenre seram romantik ini, ianya berkisahkan mengenai Sai, seorang gadis desa yang menyedari bahawa dirinya mewarisi sumpahan ‘Krasue’.

Di sebelah malam, kepala nya akan terpisah dari badan dan akan mula mencari darah untuk dihisap. Penduduk kampung yang mula menyedari kewujudan Krasue mula bersepakat untuk memburu Krasue termasuklah rakan Sai, Noi dan Jerd yang turut sertai pemburuan tersebut tanpa mengetahui akan perkara yang sebenar terjadi pada rakan mereka itu.