‘Diam-diam berisi!’ Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan buat pelakon cantik ini, Amelia Henderson apabila dia telah mengharumkan nama negara menerusi sebuah acara di Seoul, Korea baru-baru ini.

Menang Anugerah Model Asia

Menerusi laman Instagram nya, Amelia telah berkongsi khabar gembira dimana dia telah memenangi anugerah Asia Model Awards bagi kategori Model Asia yang diadakan di negara itu. Malah dalam perkongsiannya itu, Amelia turut diberi kesempatan untuk memberikan sedikit ucapan ketika menerima trofi tersebut.

Tidak Lupa Asal Usul 

Memperkenalkan nama dan dirinya dari Malaysia, rata-rata pengikut Amelia membanjiri ruangan komen Instagram nya dengan ucapan tahniah serta turut memuji pelakon ini tidak melupakan asal usul meskipun telah berjaya di persada antarabangsa.

Malah Amelia sendiri turut menulis kapsyen dimana dia berpesan jangan sesekali melupakan asal usul selain turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur atas penghargaan anugerah tersebut. Tahniah Amelia!