Untuk yang tidak tahu, pelakon Fizo Omar mula dikenali ramai menerusi program Hero Remaja anjuran Majalah Remaja sekitar tahun 2007/2008. Ketika itu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar memenangi tempat kedua dan juaranya pula disandang oleh sahabat karibnya sendiri yang juga pelakon, Kamal Adli.

Pernah Berkongsi Banyak Benda Dengan Kamal 

Mengimbas kembali pengalamannya bersama-sama Kamal suatu ketika dahulu, Fizo menyifatkan pelakon itu sebagai seorang sahabat yang baik dan sama-sama bersusah senang sejak dari dahulu lagi.

Malah ketika awal pembabitan mereka, Fizo akui ianya bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi berasal dari kampung. Namun kerana bantuan sahabat nya itu, kedua-dua mereka saling membantu antara satu sama lain, baik dari segi berkongsi makanan, pakaian malah kini sama-sama berjaya dalam industri hiburan.

Rindu Dengan Kamal 

Dalam pada itu, Fizo turut mengimbau kembali pengalaman yang tidak dapat dilupakannya dimana dia pernah memotong rambut Kamal pada malam sebelum pertandingan realiti itu diadakan. Rezeki mereka, pada anugerah itu kedua-duanya mendapat ‘tempat’ dan kini antara selebriti yang cukup dikenali.

View this post on Instagram

Kenal mamat ni masa 2007 dkat stage hero remaja 2007/2008.masa tu aku stuck main bola n team aku bubar sbb ada masalah financial.so xtau nak buat ape nak servive kat KL tu, sekali member hntr gmbr srh try msk contest hero remaja.masa tu aku mmg kg.com la.ckp KL pun bersepah bau budu.duit plak ckp2 makan je.lari bajet ckit cnfrm ikat perut. . Aku ngn kamal ni byk cerita sbnrnya.ye la zaman xde duit telur goreng sebiji pun boleh potong 2 janji sama2 blh merasa.igt lagi masa tgh g casting cari job.ke hulu ke hilir naik scooter je tak pun tong tong duit minyak naik kereta perodua kanccc aku yg pernah jd kebanggaan aku tu. . Baju seluar xpyah ckp la memang share2 je, melainkan boxer la.ape yg blh share jimat duit on jer.. . Benda yg paling aku igt.mlm sebelum final, mencangkung dlm tandas aku potong rambut dia, nntah ape pesyen pun aku xtau bedal je jnji pendek.boleh tahan hensem la sbb dia menang no 1 n aku no 2. . Bdk kelantan n bdk pahang bru msk industri.alhmdllh job sana sni berlakon model emcee semua sebat jnji halal. . Lately ni aku slow skit bidang glemer ni sbb focus bisnes n aku sambung belajar insyallah target aku smpai ke PHD.teringin jugak tgk kwn baik aku ni jd hero pujaan ramai.tp rezeki Allah tu dia bg ape yg sesuai dgn kita sebenarnya.aku bangga ngn ko bro very komited shngga ko berjaya skng.bantu fmly smua. . Btw rindu plak zaman berlakon cter bionik ngn mamat ni. @kamaladli . Sape igt cter bionik dulu?

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Akui ketika ini namanya agak sedikit perlahan dalam industi, ujar Fizo semua itu adalah kerana dia kini sedang memfokuskan pada bidang perniagaan yang diceburinya selain turut melanjutkan pelajaran dalam masa yang sama. Menyimpan hasrat untuk belajar sehingga ke tahap doktor falsafah, Fizo turut berbangga dengan pencapaian rakannya itu selain merindui akan kenangan berlakon bersama-sama nya. Bromance goals bukan?