Rata-rata peminat akan bersetuju jika “Avengers: Endgame” menjadi satu-satunya filem superhero yang penuh emosi. Bukan peminatnya saja, pengarah filem ini , Joe Russo, turut merasa terharu.

Baru-baru ini, pengarah yang sudah menggarap empat film Marvel Cinematic Universe (MCU) tersebut memberitahu bahawa ada satu adegan di “Avengers: Endgame” yang selalu membuatnya mengalirkan air mata tiap kali menyaksikannya.

Adegan yang dimaksudkan ada babak-babak terawal dalam filem ini  yang pada asalkan ia dirancang menjadi ending “Avengers: Infinity War”.

Memetik laporan Cinema Blend, babak di mana Clint Barton (Jeremy Renner) yang melatih anak gadisnya menggunakan panah. Dalam adegan ini, Clint dikisahkan menikmati masa lepas bersara bersama isteri dan ketiga buah hati mereka.

BACA  Jumlah Bayaran Robert Downey Jr. Di 'Avengers: Endgame' Akhirnya Didedahkan

Namun ketika sedang menikmati kebahagiaan bersama keluarga, tiba-tiba isteri dan ketiga-tiga ankanya lenyap begitu sahaja. Hal ini terjadi gara-gara jentikan Thanos (Josh Broli yang melenyapkan separuh populasi alam semesta.

“Aku memiliki empat orang anak, dan ini adalah adegan yang sangat tragis untuk memulai filem itu. Adegan ini adalah salah satu dari beberapa adegan dalam filem yang benar-benar membuatku menangis ketika menontonnya. Hal ini kerana aku memikirkan keluargaku sendiri,” ungkap Joe.

Sememangnya, babak awal dalam filem ini cukup emosi sehinggakan Clint mengubah identitinya menjadi Ronin, seorang Samurai yang boleh membunuh sesiapa saja.

Sebenarnya adegan pembuka ini direncanakan sebagai pengakhiran dari filem “Avengers: Infinity War” yang dirilis pada 2018 lalu. Joe mengatakan bahawa awalnya ingin memberi Clint Barton penampilan singkat di “Avengers: Infinity War”, yang kemudian akan mengatur watak dalam “Avengers: Endgame” sebagai Ronin.

BACA  Ahmad Idham Jadi CEO Finas, Ini Respon Norman KRU