[VIDEO] Pedas! Michael Ang & Caprice Ulas Isu Video Seks Haziq Aziz Bersama Menteri

5.9K

Pengarah Michael Ang dan rapper Caprice berkongsi video di laman instagram mereka semalam (14 Jun 2019) berhubung isu penularan klip video seks dikaitkan dengan seorang menteri.

Video memaparkan aksi ranjang dua lelaki itu mula tular pada Selasa kemudian disusuli video pengakuan seorang lelaki muda yang dimuatnaik di Facebook.

“Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik … di Hotel Four Point,” kata individu yang memperkenalkan diri sebagai Haziq Aziz.

Michael Ang Anggap Isu Ini Seperti Dejavu

Mengulas isu ini, Michael Ang menganggap apa yang berlaku seolah-olah dia mengalami Dejavu dengan peristiwa 20 tahun kembali semula.

BACA  "Aku Dah Maki Dia"- Michael Ang Tegur Emma Maembong Mengenai Isu Tudung

Michael keliru dengan pengakuan Haziq Aziz dan bagaimana video itu boleh dirakam.

Michael tidak mengambil pusing dengan kisah dalam selimut ahli-ahli politik, kerana ia bersifat peribadi dan yang penting mereka menjalankan tugas dengan baik terhadap negara.

Michael membuat kenyataan itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Caprice Kutuk Pengakuan HaziqΒ 

Setuju dengan kenyataanΒ Caprice! Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Instagramnya,Β  Caprice berkata, pengakuan terbuka Haziq melakukan hubungan seks dengan nama menteri yang dinyatakan sangat memalukan bangsa dan agama.

Tambah Caprice, dia agak keliru, selepas mendengar pengakuan Haziq terlibat dalam video seks tersebut, Haziq menggesa SPRM ( Suruhanjaya Penyiasat Rasuah Malaysia) untuk menyiasat menteri tersebut. Sepatutnya Haziq memanggil pihak JAIS atau Ustaz untuk menyiasat hal ini.

BACA  Camila Cabello Bakal Mulakan Debut Lakonan Jadi Cinderella

Haziq Diperalat Pihak-pihak Tertentu

Memetik dari laporan Astro Awani, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata, lelaki yang membuat pengakuan dan mendakwa dirinya adalah individu yang melakukan hubungan dalam rakaman video intim itu telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Azmin juga menyifatkan tuduhan tersebut bertujuan menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.