Kes didakwa tangkap basah yang menimpa Ifan Seventeen dan Citra Monica masih dalam siasatan polis. Pada ketika ini, pihak polis sedang giat menjalankan pemeriksaan terhadap Ifan sementara menunggu hasil keputusan Visum atau nama panjangnya Visum et Repertum (VR) oleh doktor dari hospital.

“Untuk membuktikan sama ada pasangan itu melakukan persetubuhan atau tidak, perlunya menjalani ujian visum. Kemudian hasil dari ujian visum menentukan segalanya,” ujar Kasatreskrim Polrestabes Bandung, AKBP M Rifai.

Visum et Repertum (VR)

Mungkin ramai yang tak tahu dengan istilah Visum et Repertum (VR), menurut dari sumber Wikipedia, VR adalah keterangan bertulis yang dibuat oleh pegawai perubatan dalam ilmu kedoktoran forensik atas permintaan pegawai penyiasatan yang berhak mengetahui hasil pemeriksaan medik terhadap manusia, baik hidup atau mati.

BACA  "Saya Derita Kerana Perampas!" Maia Akui Depresi Berpunca Dari Mulan Jameela

Khusus untuk wanita, VR  termasuk juga kenyataan oleh doktor sama ada seseorang itu masih perawan atau tidak.

Ifan sebelum ini didakwa berkunjung ke apartmen Citra dengan alasan menumpang untuk mengerjakan solat. Saat diserbu oleh pasukan khas, Ifan dan Citra berpakaian lengkap dan tak terlihat melakukan hal sumbang.

Baik Ifan dan Citra menyangkal soal hubungan mesra diantara mereka. Selain itu, Citra mengaku tidak ada salahnya berjumpa dengan Ifan yang merupakan teman lamanya.

Wanita cantik itu juga menegaskan bahawa dia berstatus single dan sudah lama diceraikan oleh suaminya. Meski begitu, suami Citra, Aditiyo Januajie sudah membuat laporan polis terhadap kedua-dua mereka. Seperti yang dilaporkan oleh Tribunews, difahamkan Ifan terancam hukuman penjara 9 bulan.

BACA  Selepas Bercerai, Lucinta Luna Dah Ada Kekasih Baru 'Pengkid'? Ini 10 Fotonya!

Sebelum ini agak heboh bahawa suami Citra itu bukan orang sebarangan. Difahamkan suami Citra merupakan doktor pakar  dan Aditiyo juga bekerja di salah satu Hospital Kerajaan di Kabupaten Bandung.