Akrab Sejak Sekolah, Ini Kronologi Putus Sahabat 2 Primadona Malaysia Erra Fazira & Umie Aida

22.2K

Seperti yang kita tahu dua primadona Malaysia iaitu Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida merupakan sahabat baik. Bagaimanapun beberapa hari ini, hubungan dingin pasangan ini menjadi perbualan hangat di kalangan netizen , di mana menerusi beberapa luahan kecewa Umie di instagram disusuli dengan kenyataan mohon maaf Erra pada hari ini.

Kami di hangat.com ingin mengimbas kembali bagaimana bermulanya pertemuan mereka untuk kenal rapat dan berakhir putus sahabat.

Berkawan Baik Sejak Dari Bangku Sekolah

Perkenalan Erra dan Umie bukanlah dalam masa singkat, mereka sudah berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Siapa sangka, Erra pernah bersekolah bersama dengan Umie di SMK Puteri Melawati, Kuala Lumpur.

12 Jun 2019

Persengketaan Umie dan Erra telah lama dihidu oleh pengikutnya kerana dua sahabat baik ini agak lama tidak memuatnaik gambar bersama di Media sosial. Sehinggakan pernah pengikut Erra di Instagram bertanya mengapa dia jarang bertemu dengan Umie. Erra dengan tenang menjawab dia dan Umie masing-masing mempunyai aktiviti sibuk dan susah untuk dapat berjumpa sama.

Namun pada 12 Jun 2019, Umie telah memuat naik beberapa status meluahkan perasaan terhadap bekas sahabat yang dikatakan telah mengkhianatinya dan memusnahkan kepercayaannya berulang kali.

Peminat Petik Nama Erra

Kenyataan Umie ini telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak dan dengan pantasnya netizen tanpa ragu-ragu memetik nama Erra. Manakan tidak, sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan dua selebriti popular ini pasti tahu yang mereka ini bersahabat baik.

Erra Delete Komen

Selepas nama Erra disebut-sebut sebagai penyebab pergaduhan ini,  ruangan komen Instagram Erra dipenuhi dengan kata-kata benci sehinggakan tercetuskan perbalahan antara peminat. Oleh sebab itu, Erra meninggal komen memberitahu dia telah menghapuskan semua komen yang negatif bagi mengelakkan hal-hal yang tak diingini berlaku.

13 Jun 2019

Zahida Rafik Dituduh Jadi Batu Api

Isu hangat ini tidak terpalit kepada Erra dan Umie saja, pelakon Zahida Rafik tidak semena-mena menerima tuduhan dari netizen sebagai batu api. Dengan pantas Zahida telah membalas komen netizen tersebut dan sekaligus memberi gambaran sesuatu sedang berlaku dalam rumah tangga Umie sehingga tercetusnya pergaduhan tersebut.

Foto: Gempak

Campur Tangan Erma Fatima 

Umpama mencurah minyak ke api, begitulah yang terjadi kepada Umie selepas kakaknya kini menambah kehangatan isu itu. Menerusi ruangan komen itu, Erma membuat teguran umum agar apa yang berlaku kepada Umie dijadikan pengajaran.

Erma turut berpesan jika mahu hidup senang, carilah hasil dari titik peluh sendiri supaya hidup lebih berkat dan rahmat. Dalam komen awal Erma kepada Umie, dia turut bersyukur kerana pelakon Dukun itu dapat membezakan antara sahabat dan musibat.

14 Jun 2019

Selepas 2 hari isu ini menjadi perdebatan di kalangan peminat, akhirnya telah mendapat jawapan dari mulut tuannya sendiri. Dengan rasa rendah diri, Erra tampil memohon maaf, sekali gus berharap isu ini tidak berpanjangan lagi. Kenyataan Erra ini boleh dibaca oleh semua peminatnya menerusi laman sosial, Instagram, tengah hari tadi.

Erra dan Umi juga dilihat telah menutup ruangan komen di Instagram masing-masing. Keputusan sememang wajar memandangkan mulut-mulut puaka netizen yang mampu mengeruhkan lagi keadaan.

Walaubagaimanapun, amat berat untuk menerima kenyataan bahawa Erra merupakan individu yang dimaksudkan oleh Umie sebelum ini. Kami berharap sangat apa yang berlaku ini sekadar gimik atau pun sekadar gurauan untuk promosi drama TV mereka berdua akan datang.

Beberapa tahun dahulu, dua sahabat baik ini pernah bersama-sama membintangi sebuah drama rantaian di TV berjudul Ammara Batrisyia arahan pengarah muda berbakat besar Azma Aizal Yusof.