Kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa diterjemahkan kepada iklim cuaca yang terik pada saban tahun di negara ini. Dengan suhu purata yang tercatat pada paras 28˚C, yang adakalanya mencecah 35˚C sejak kebelakangan ini, maka tidak hairanlah jika warga Malaysia mengelak untuk berhadapan dengan cuaca ini melalui pelbagai cara.

Bagaimanapun, kita harus bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk menunaikan
tanggungjawab tertentu, dan ia membawa kita kepada persoalan ini, pernahkah anda menaiki kereta yang tidak dilindungi oleh lapisan filem?

Jika ya, maka anda mungkin pernah merasakan kesannya yang menjurus kepada suasana yang tidak menyelesakan atau kerosakan kulit diakibatkan oleh cahaya matahari, terutamanya jika anda memandu atau menumpang kereta berkenaan untuk tempoh yang lama.

Sumber cahaya daripada matahari bukan sahaja menyebabkan anda berpeluh dan berasa tidak selesa, malah ia juga memancarkan sinaran ultraungu (ultraviolet) serta inframerah (infrared) yang boleh merosakkan kulit dan mata kita.

Pemandu dan penumpang kereta biasanya memandang ringan tentang perkara ini sehinggalah mereka melihat sendiri masalah yang dialami menjadi lebih serius. Dan tahukah anda, risiko utama seperti penuaan kulit pramatang, selaran matahari (sunburn) dan kanser kulit adalah disebabkan oleh pendedahan berpanjangan di bawah sinaran ultraungu daripada matahari?

Setiap kereta berupaya untuk melindungi pengguna daripada pelbagai jenis bahaya, namun pengguna jalan raya masih terdedah kepada bahaya sinaran matahari. Oleh itu, filem kereta diperkenalkan bukan sahaja digunakan untuk tujuan privasi, malah ia juga mampu melindungi kita daripada sinaran yang berpotensi untuk memudaratkan ini. Justeru, dengan pelbagai jenis filem kereta di luar sana yang berbeza dari segi harga dan standard, bagaimanakah anda memilih filem kereta yang sesuai?

Sebagai permulaan, kita harus memahami perkara berikut:

1Apakah yang dimaksudkan dengan Peratus Ketelusan Cahaya (VLT) dan Faktor Perlindungan Matahari (SPF)?

Tahap ketelusan cahaya yang biasanya ditunjukkan dalam nilai peratusan bersamaan dengan peratusan cahaya yang dapat menembusi tingkap sesebuah kenderaan. Dalam erti kata lain, VLT 30% dapat menapis 70% cahaya nyata, dan nilai peratus yang berbaki, iaitu 30% mampu menembusi tingkap kenderaan berkenaan.

Filem tingkap akan kelihatan lebih gelap sekiranya tahap VLT tersebut adalah lebih rendah. SPF pula merupakan sebuah pengiraan yang menunjukkan berapa lama sesuatu bahan pelindung matahari (sunscreen) dapat melindungi kulit kita daripada sinaran ultraungu B (UVB). Sinaran UVB biasanya mengakibatkan kerosakan pada epidermis, iaitu lapisan kulit di bahagian luar. SPF lazimnyamempunyai 3 tahap seperti yang dipaparkan pada mana-mana bahan pelindung matahari:

BACA  5 Selebriti Ini Memiliki Sebuah Ford Mustang. Best Sangat Ke Kereta Ni?

  • SPF 15 menangkis 93% sinaran UVB
  • SPF 30 menangkis 97% sinaran UVB
  • SPF 50 menangkis 98% sinaran UVB.

Secara ringkas, jika anda memakai bahan pelindung matahari yang mempunyai SPF 30, anda akan memperoleh perlindungan 30 kali ganda lebih banyak berbanding tidak mempunyai sebarang pelindung matahari.

2Perbezaan kualiti filem kereta

Pernahkah anda melihat filem kereta berubah warna, menggelembung atau mengelupas? Ia biasanya disebabkan oleh filem bergred rendah yang terdedah kepada risiko-risiko yang dinyatakan diatas.

Tambahan lagi, harganya mungkin jauh lebih murah berbanding jenama lain yang dipercayai — namun, kemungkinan besar, ia bukan sahaja tidak berupaya untuk melindungi anda dan ruang interior kereta anda daripada sinaran UV berbahaya, malah ia juga tidak dapat menangkis kehadiran elemen seperti haba. Filem cermin kereta seperti ini hanya dipromosikan untuk estetikanya.

‘Tint’ bergred rendah boleh didapati daripada mana- mana kedai aksesori kereta, tetapi aspek kualiti, jangka hayat, perlindungan dan sekuriti yang ditawarkan olehnya tidak terjamin. Kos filem berkualiti tinggi biasanya boleh didapati dalam lingkungan harga antara RM700 sehingga RM5000 bagi sesebuah jenama filem kereta yang terkemuka.

3Ciri-ciri perlindungan yang asas

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kulit manusia yang terdedah kepada sinaran matahari boleh menjurus kepada masalah kulit atau lebih teruk lagi, kanser kulit. Untuk mengelakkannya, pemilihan filem yang betul perlu dibuat agar anda memperoleh perlindungan yang sewajarnya. Filem yang berkualiti tinggi sekurang-kurangnya didatangkan dengan ciri perlindungan UV dan penangkis haba. Kebanyakan filem kereta yang standard dapat menangkis 99% sinaran UV.

4Pilih jenama yang dipercayai

Pengeluar atau pengedar produk filem kereta boleh memberikan pelbagai jenis kenyataan tentang produk masing-masing, namun kenyataan mana yang benar-benar sahih? Anda boleh cuba menjawab soalan tersebut dengan membuat kajian. Cuba temukan lampiran spesifikasi produk berkenaan di dalam talian untuk mensahihkan kenyataan mereka, atau cari jenama yang memiliki akreditasi pihak ketiga.

Jenama filem kereta seperti 3M disyorkan oleh pertubuhan kanser kulit Amerika Syarikat kerana ia menawarkan faktor perlindungan matahari (SPF) yang berjumlah lebih daripada 1000 — iaitu 30 kali ganda lebih tinggi berbanding produk bergred tinggi yang seumpamanya.

Tahap SPF filem yang tinggi menawarkan perlindungan daripada komplikasi seperti selaran matahari, penuaan pramatang dan kanser kulit yang disebabkan oleh sinaran UV matahari. Dengan menangkis radiasi cahaya UV, filem kereta juga mampu melindungi interior kenderaan anda daripada masalah seperti kecelaan warna dan keretakan.

BACA  Wow Realme 3 Pro Bakal Memasuki Pasaran Tempatan Pada 14 Mei Ini

5Kekal nyaman dan kurangkan penggunaan bahan bakar

Pengguna juga perlu mengambil maklum bahawa dengan menggunakan filem kereta sahaja, ia tidak dapat menangkis keseluruhan haba yang dapat diserap oleh sesetengah komponen kereta di dalam ruang kabin kenderaan. Namun begitu, dengan bantuan filem kereta bergred tinggi, jumlah haba yang signifikan dapat ditapis mengikut kadar ‘Total Solar Energy Rejected’ (TSER). TSER merupakan terma yang biasanya dapat dilihat oleh pengguna pada brosur sesebuah produk filem kereta.

Ia merujuk kepada jumlah haba yang dapat ditangkis oleh filem berkenaan — lagi tinggi nombor tersebut, maka jumlah haba yang dapat ditangkis juga adalah tinggi. Kereta anda juga akan menjadi nyaman dengan cepat jika jumlah haba yang memasuki kenderaan tersebut dapat dikurangkan, ini bermakna anda tidak perlu menaikkan dail kesejukan penyaman udara kereta anda, yang boleh membantu dalam penjimatan penggunaan bahan bakar bagi sesetengah jenis kenderaan.

6Sekuriti dan keselamatan

Selain daripada kebolehannya untuk melindungi pemandu dan penumpang daripada sinaran UV yang berbahaya, filem bercirikan ‘sekuriti’ mampu menahan serpihan kaca tingkap yang telah retak/pecah dan mengelakkan kaca tersebut daripada melayang atau bertaburan sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh kes kecurian. Di Malaysia, kegiatan kecurian yang dilakukan dengan memecah tingkap kenderaan sudah pun berlaku berulang kali, dan filem sekuriti berupaya untuk membantutkan aktiviti jenayah ini. Namun, ambil maklum bahawa filem sekuriti
bukannya 100% tidak boleh ditembusi kerana dalam keadaan kecemasan, tingkap kenderaan masih perlu diakses oleh pihak yang melakukan misi menyelamat.

7Waranti

Selain spesifikasi, anda juga perlu mendapatkan informasi yang secukupnya berkenaan dengan waranti. Kebanyakan produk bergred tinggi didatangkan dengan waranti daripada pengeluar produk tersebut dan ia akan ditunaikan oleh wakil-wakil pengedar yang bertauliah. Sekiranya filem tersebut menunjukkan sebarang kecelaan dalam tempoh waranti yang ditetapkan, anda boleh membuat tuntutan. Atas sebab ini, pembelian harus dibuat daripada pengedar yang bertauliah untuk memastikan waranti anda sah. Jadi, anda boleh mengunjungi laman web jenama produk berkenaan dan dapatkan senarai pengedar bertauliah yang berhampiran dengan anda.

Ia dapat memastikan produk anda diliputi oleh waranti tersebut dan tuntutan masih boleh dibuat walaupun jika wakil pengedar tersebut tidak lagi beroperasi. Anda juga perlu membandingkan tempoh dan liputan waranti berkenaan kerana sesetengah jenama menawarkan tempoh waranti yang lebih lama, ia bermaksud pengguna dapat menikmati lebih banyak nilai. Menurut faktor-faktor yang dinyatakan ini, pengguna disaran untuk memilih jenama yang mempunyai rekod kualiti serta khidmat selepas jualan yang baik.

BACA  Apple iPhone Akan Keluarkan Cip Modem 5G Pada Tahun 2021?

8Adakah filem terlogam sesuai untuk saya?

Filem terlogam (metallized film) juga popular dalam pasaran filem kereta atas kepatutan harga serta kualitinya. Ia mungkin dilihat sebagai pilihan yang ideal, namun filem terlogam mempunyai beberapa isu yang tersendiri. Oleh kerana filem ini diperbuat daripada sebatian logam, ia boleh mengganggu signal yang digunakan oleh GPS, telefon mudah alih, tag RFID, malah pintu pagar automatik anda juga.

Isu yang lain melibatkan pengakisan, ini adalah kerana logam yang terdedah kepada air dan udara akan mencetus reaksi kimia. Pengakisan bukan sahaja boleh merosakkan penampilan filem tersebut, malah keupayaan penapisan haba produk berkenaan juga akan turut terjejas.

Tidak lama kemudian, warna filem tersebut akan berubah menjadi ungu atau perang, oleh sebab itu, penglihatan pengguna kenderaan juga boleh terganggu kerana masalah tersebut. Sebelum anda memutuskan untuk membeli filem terlogam, anda harus mempertimbangkan perkara yang telah dinyatakan ini.

9Keupayaan tangkisan haba tidak bergantung kepada tahap kegelapan filem

Pertama sekali, periksa piawaian penggunaan cermin gelap/filem kereta terlebih dahulu agar anda dapat mengelakkan sebarang komplikasi melibatkan pihak berkuasa. Peraturan terkini bagi penggunaan filem kereta di Malaysia ialah — VLT 70% untuk cermin tingkap hadapan, VLT 50% untuk cermin tingkap sisi, dan tahap VLT bebas untuk cermin tingkap belakang.

Filem gelap tidak semestinya dapat menangkis haba dengan lebih baik berbanding filem lut sinar, kerana kadar tangkisan haba sebenarnya bergantung kepada ‘Total Solar Energy Rejected’ (TSER).

Kesimpulannya, pemilihan filem kereta adalah subjektif, setiap individu mempunyai kecenderungan, bajet dan keperluan yang berbeza. Kami berharap panduan yang dikongsikan ini dapat membantu anda memilih filem kereta yang tepat untuk keperluan anda!

Artikel ini dibawak khas oleh 3M Malaysia, sebuah syarikat sains global yang mewujudkan budaya inovasi yang melampaui batas dari elektronik hingga keselamatan dan perawatan kesihatan untuk industri, 3M telah banyak memperbaharui gaya kehidupan di Malaysia selama lebih dari 50 tahun.