Tahniah diucapkan buat pelakon dan pelawak popular, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang kini bergelar seorang bapa selepas isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan cahaya mata mereka pada Jumaat baru-baru ini.

Netizen Pertikai DNA Anak Abamย 

Menimang cahaya mata lelaki, berita gembira itu telah dikongsi Abam di laman sosialnya. Namun begitu, khabar gembira itu menjadi sebaliknya apabila terdapat sebahagian warga net memberikan komen yang berunsurkan negatif sehingga menjatuhkan maruah peawak itu.

Antaranya terdapat seorang pengguna yang dikenali sebagai Lau Kok Chan telah meninggalkan komen seolah-olah mempertikaikan kesahihan anak Abam dengan meminta ujian pemeriksaan DNA harus dilakukan terhadap anak sulung pelawak itu.

BACA  Sah! Album Terbaru Epik High Bakal Kolaborasi Bersama Yuna

Mahu Bersemukaย 

Berang dengan komen penghinaan tersebut, Abam menerusi sebuah posting lain di Facebook nya akui tersinggung dengan komen tersebut. Malah dalam status nya itu juga, Abam memberitahu dia ingin bersemuka dengan lelaki tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai penghinaan tersebut.

“Siapa kenal pakcik ni..Beritahu saya..Saya nak jumpa dia..Ini satu penghinaan yang dahsyat..”

Sebagai info, Abam telah mendirikan rumahtangga bersama Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.